Dia Dah Besar

Hoorayy satu kali!.Salam sejahtera buat semua pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian.Ribuan Terima kasih sekali lagi kerana masih sudi landing di hutan ni untuk entri kali ini.Diharap semuanya dalam keadaan sehat-sehat serta cukup dari segi zat dan garam mineral.Jangan biarkan diri anda dijangkiti virus beruang koala musim cuti-cuti ni okey.Tak paham ape tu virus beruang koala,boleh mintak tolong Cik google.*tu pun kalau cik google rajin nak tolong kaw.Okey?.. First of olls,gua memang dah berniat lama nak buat entri ni,tapi kebizian mengatasi segala-galanya.* Perdana menteri yang uruskan sebuah negara pun tak sebok macam kaw!..kebizian telah mengatasi kelapangan dalam hidup aku.Kira macam kebizian ade jeles-jeles sikit dengan kelapangan.Tapi kelapangan telah berjaya mengalahkan kebizian so dengan itu diisytiharkan oleh mohor besar raja-raja gua ada masa nak buat entri ni *ape gua merepek ni.Tapi tarikh yang sesuai untuk entri ni dah lepas.Nasi telah menjadi bubur.*macam tak sesuai aje peribahasa ni.Tapi kalau bubur tu taruk bebola ayam ke kerbau ke,best ape.Kelaparan pulak menjelma...tenetenetenet~.owh,itu bunyi perut tahan lapo tahap merah..hua3


-ini bukan blog pasal resepi masakan ye..takut ade yang salah paham pulak-


Okey.Entri ni gua bukan nak buat entri pasal susu dutchlady ke ape..Entri ni gua nak story morry melly pasal sorang budak ni.He's call Ahmad Yassin.Pada tanggal 22 November 2011 beliau telah selamat menyambut hari lahir yang kedua..macam suspen aje bunyik.. Tapi sekarang Ahmad Yassin dah dapat adik baru call Ussamah Rifael..skema aje gua taip..hahaha!.tapi takde pula cerita pasal gua..*merajuk... ini bahagian dimana  kita harus bercerita pasal Ahmad Yassin bukan nak melalut ke arah lain yang memang bukan arah yang betul. *nampak sangat gua kehabisan idea.So..gua dah cerita sedikit sebanyak tentang ''beliau''..so lets rock and roll..* bukan london choco roll mahupun roti roll kak limah.


I am a little boy..hua3

Ahmad Yassin with his aunt...Nazifah Hussin..

I am a busy person.

time to play


selipar saya hilang..boleh tolong cari??

iklan susu lembu..hua3


uuuuuuuuuuuuu...???


kene kurung..help me somebody!!!!


okey!..Itu saja buat entri kali ini.Lain kali gua story pulak.Line tenet dah macam fuck aje mentang-mentang hujan mencurah-curah dengan rakusnya...erghh!!..Gua nak ucapkan tahniah kepada bestie gua Tengku Fadhlan Hafiz yang dah dikurniakan..*pheww..anak buah pada 1 Muharam lepas... Tengku Difzad Arsyad bin Tengku Farhan Haizul such a cute little boy.Okey..sampai di sini coretan gua pada kali ini.Selamat menconteng diri korang dengan aktiviti-aktiviti menarik lagi menyeronokkan musim cuti sekolah ni..cuti sekolah ni bolehlah gua hupdate tiap-tiap hari...huyehh..banyk benor idea kaw nak hupdate tiap-tiap hari..mencurah bagai hujan ni..bolee..kbhaiii!


p/s:The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart ...feeling gituwwhh


Ayna Umairah

Sales in Mid Valley

hello semua.Ketemu lagi dikau bersama daku.Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk aku hupdate blog ni lagi. Lama tak aku tak hupdate blog?.Cuma 5 hari okeh.Ada yang dah lama tunggu aku hupdate blog?.Yeah perasaan bajet diva aku telah menjelma!.korang sehat?.ade yang sakit?sila hambik ubat secepat yang mungkin sebelum penyakit anda merebak macam zirapah tak bertuan.Olrite..entri kali ini takde dah feeling-feeling lebih macam last past entry.Kali ini cuma feeling-feeling bajet artis hollywood yang semakin meningkat naik sekarang!..siapa? ayna umairah?.pegi berambus!.hohoho -gelak besar sambil pakai baju warna merah dan misai puteh-.Okey guys, aku taknak membebel panjang-panjang sebab orang tua warga emas cakap tak elok anak dara membebel,lebih-lebih lagi di waktu senja.Pandai tak aku??


ollrite olls,better aku cakap awal-awal yang entri kali ini sesuai untuk kaum hawa sahaja.Separuh hawa pun boleh lah kot.Kaum adam pun boleh nak join sekaki setangan tapi kalau bosan pandai-pandai lah engko cari button ''x'' penjuru sebelah kanan.Entri kali ini aku nak cerita pasal window shopping.Bukan shopping tingkap rumah okey. Olrite,alkisahnya kali ini pasal aku pergi shopping di Mid Valley.Aku pegi dalam pukol 11.47 am camgituh  then sampai dalam pukol 1.23 pm.Okey jalan jam!.Hari Ahad jalan penuh dengan kejam'an.Yeahh! year end sales dah tiba.Dengan muka cutenya aku meceroboh masuk ke dalam Mid Valley yang penuh kesesakkan orang ramai.Seriously aku cakap memang ramai orang sampai nak cari offroad ke stesen KTM amatlah payah.Sangat seronok apabila sesat di dalam shopping complex lebih-lebih lagi dengan ketiadaan ibubapa tercinta disisi *mama dengan papa aku duk rumah lah*.Abaikan.Akhir tahun memang mana-mana shopping complex pun akan ade sales kan.Tapi memang rambang mata bila tengok diskaun yang banyak tuh!..Gila pulak rasa!.Shopping sakan bole?..Membawa pulang 12 biji BigApple untuk saudara-mara dirumah.Pulang ke rumah di Rawang dengan naik KTM.Jadi berani sebab sekarang dah ada gerabak untuk wanita sahaja.Warna pink hokeh!.Tapi ada jugak kaum adam yang bangang *carut-carut sopan* naik gerabak yang sama!.Beliau dengan muka monyetnya masuk!.abaikan beliau..Harga tiket KTM dari Mid Valley ke Rawang cuma RM3.80 sahaja!..murah tak murah tak??..harga tiket lebih kurang sama harga kuih koci Kak Senah.Sambung ajelah terus ke tajuk yag kedua.Pada malam hari yang hening lagi mendamaikan,kiteorang off to Restoran Mohd Chan Abdullah.Seriouly makanan dia sedap.Lagi-lagi pelayan dia handsome.Muka macam pelakon korea *walaupun aku tak minat korea*.. Makan sekali dengan mama dan papa photographer berjaya Nyzme Sahdan dan Fadh Sahdan..Ouch malangnya mereka tak ikut sama.hahahaOkey aku tak tahu berapa ringgit semua sekali malam tuh!-PIC TIME-



seriously aku cakap baju blouse untuk ibuk-ibuk murah, murah dan murah.Rm119.90 after discount.
Blouse mama punya price tag!


yeah.rambang mata tengok beg duit.Last-last aku pilih yang ade gambar kucing 3 hekor ni sempena 3 hekor kucing aku dekat rumah.After discount dapat RM114.90..murah dan murah!
nama kucing yang diingati sepanjang hari di Mid Valley
-Rohanneay Anyet Ardiz-( pink belang biru)
-Diandra Oxjodhy Ardez-(polkadots biru putih)
-Faeiry Artheh Ardaz-(warna putih)

hehehe.Nama kucing aku tak boleh blah.Nanti aku buat satu entri khas untuk kucing-kucing aku nih.Tunggu taw!.Seriously aku cakap Jangan kaw kedekut sangat duit kaw tuh.Better harga mahal tapi kualiti baik.Thanks juga to kazen aku yang belanja makan KFC dan tolong bayar tiket KTM.haha.Lupa pulak.Kondominium Hencik Gajah aku dekat aje dengan MV tapi dia dah balik ke terengganu.Kaw hutang satu tiket wayang dengan aku taw hencik gajah!..hahaha.Okey..sila-sila lah nantikan coretan aku seterusnya.kbhaii!!!!

Ayna Umairah | 5:23 pm | 20 DEC 2011


I LOVE YOU

Baby come close let me tell you this
In a whisper my heart says you know it too
Baby we both share a secret wish
And you feel my love reaching out to you
Timeless
Don’t let it end
Now that you’re right here in my arms where you should stay
Hold tight baby
Timeless
Don’t let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It’s just timeless love
I see it all baby in your eyes
When you look at me I know I feel it too
So let’s sail away and meet forever baby
Where the crystal ocean melts into the sky
We shouldn’t let the moment pass
You making me shiver let’s make it last
Why should we lose it?
Don’t ever let me go!


I love you so deeply, I love you so much, I love the sound of your voice , l love your warm smile and your kind, thoughtful way,The joy that you bring to my life every day .I love you today .As I have from the start, And I'll love you forever with all of my heart.

Wordless Wednesday

Hyee..aku nak ngupdate blog nak ngupdate blog..herkk..tak sempat-sempat nak bagi salam terus terjah macam Melodi pulak.Salam sejahtera to all readers yang masih sudi singgah di blog ayna walaupun macam dah lama tak ngupdate.Yupp..I'm really busy rite now bila semua nak kene prepare nak pegi melancong jauh-jauh ni.Susah pulak den nak ngupdate blog .tak hupdate blog takpe.Sape-sape yang dah biasa dengar celoteh aku dengan cik gajah pagi-pagi tu boleh terus memerhatikan gelagak aku di twitter.Boleh bertwitt dengan aku jugak.Yang pasti twitt anda akan dilayan..hahaha.Okey..Today aku baru balik shopping dengan ''secret person''.Boleh pulak aku duduk dalam fitting room tu lama-lama sebab dalam fitting room tu ade radio..Time tu lagu feberet aku pulak berkumandang di corong radio..sentap kan..hahaha..pape pun terima kasih untuk Encik ''secret person'' sebab belanja aku.*hencik tuwhh..hahaha..ceteka-ceteka siapa beliau!!


-sape dapat teka aku bagi IPHONE 4..kira macam giveaway akhir tahun lah ni..:P-


Hencik awan dengan rakusnya memuntahkan hujan.Sejuk!..yeah,,itulah yang dapat aku gambarkan sekarang. Untuk entri kali ni aku taknak membebel banyak-banyak,takut kene baling selipar jepun kang. Just nak showkan.-*inilah bahasa  kacukan melayu+british- .. sedikit sebanyak gambar-gambar. Saje nak tunjukkan bakat yang terpendam..hahaha..*bajet kaw hade bakat.Sumpah aku tak tahu ape pekdah aku pegi shoot gambar-gambar ni..tapi cool je melawat tapak pembinaan ni.






ollrite guys..terima kasih gua ucapkan kepada makhluk-makhluk yang add aku di pesbuk..sile-sile lah tegur aku..aku ni jenis pemalu kucing siket..*mioww.. terima kasih jugak yang follow up aku di twitter..hehe..best reply twitt masing-masing....kbhaii..

p/s-HANAFILEE a.k.a DANNYLEE nak lepaking dekat mcd belanja aku okeh..McValue Lunch bape hinggit sangat kan.Kuih Koci Kak Senah murah siket dari McValue Lunch..hehehe

Dia Bernama Jecp Aziz

Angin sepoi-sepoi bahasa..Dauns berguguran menimpa bumi..Awan mendung berarak laju..Manusia lalu-lalang pakai selipar jepun saiz 9.Dek kesengalan aku melalui hari-hari mendatang yang bosan,maka dengan pantas dan cekapnya aku menaip entri sebegini rupa.Atas desakan umum mahukan aku menaip entri,maka dengan bersusah payahnya aku keluar dari tempat persembunyian aku lalu menaip entri ini sebagai buah tangan untuk tayangan umum.Buat pengetahuan semua,sudah hampir setengah abad aku melalui hari-hari yang mulia dengan mengadap muka blog yang sangat cantik akibat pemakaian fair & lovely.Sangat nerd rasanya diri ini apabila menyedari bahawasanya alam kanak-kanak ribena telah ditinggalkan lama dah sudah lapuk dimakan arus laut pasang.Pabila generasi mendatang kian berubah,bukan berubah bentuk menjadi seekor sesumpah,tetapi berubah dengan arus pemodenan semasa.Selamat bersua kembali kita wahai pembaca-pembaca yang dedikasi lagi dawai besi.Atas rezeki limpahan tuhan,dapat kita merasa entri ini bersama-sama.

-melampau pulak intro kaw kali nih-

Hye guys.Maaf atas kesilapan teknikal diatas.Teknikal jari-jemari menari-nari break dancenya sehingga terciptanya ayat-ayat halusinasi diatas.ollrite..Terciptanya entri kali ni atas sifat penghormatan seorang hamba Allah yang kerdil terhadap seorang lagi hamba Allah yang kerdil.Entri ni khas buat seorang photographer yang menjadi idola ku lah konon-konon nya hokeh.Dah cukup merepek..Tak pasal - pasal kene baling buah tomato dengan Jecp Aziz sat lagi.Rite..Kalau engko still ingat entri yang lepas dah ade dah terselit pasal beliau.Seorang photographer berjaya tahap dewa.Kalau lah dia ni ambik aku jadi anak didik dia mahunya aku bangga tahap dewi.*dewi-dewa-dewo.Melompat serta melantun seperti pelakon kungfu berus Lee.Ehhh..Betul ke nama dia Berus Lee.?Sesuka hati serta limpa aku aje letak nama orang sebagai berus.Bruce Lee lahh.Tak kira lah ape nama dia,asal dia manusia dan bukan alien.


The Artworks







hokeh pembaca-pembaca sekalian alam,sampai disini sahaja dahulu coretan halusinasi untuk kali ini.Cuti sekolah dah hampir tiba ke penghujung.Maka dengan muka mengantuknya kena buat persiapan awal.So hargailah cuti sekolah anda dengan aktiviti yang bermoral seperti pergi shoot segala bagai sehingga habis bateri DSLR kaw. Petang-petang yang tenang sebegini ada peluang untuk aku shoot a little bit random picture. Semalam pun aku pergi jenjalan so sempat shoot satu pic dengan menggunakan phone bajet serba canggih itu.Next time aku hupload.That's my first try ever shoot light.Macam hampeh but practise make perfect.Huyehh..Now aku sedang mempraktikkan audio sound untuk video.Bokeh laah sangat-sangat.

P/S : Bila sedih harus menangis..selepas meratap menangis meraung dan segala ''me''..tiba masanya untuk teruskan perjalanan.
macam mane aku boleh hengat kata-kata pujangga ni.Dienovasikan dari sebuah filem cina.

ayna umairah.is better to know me.

Ini Aku Tak Suka

Hello!
Hello!
Hello!
Hello!
Hello!


temperature-panas kecacingan
mood-suam-suam berendam
warna pilihan-ular kapak api.*hamek kaw

Pecah suara pecah perut jangan pecah mulut.Kenapa aku cakap gitu?.Ikut suka hati aku!.Mood sedang meningkat dengan mendadak.Kali ini aku taknak buat intro panjang-panjang sebab takut kene baling selipar jepun dengan pembaca.Kali ni aku nak cakap pasal benda yang aku tak suka.Kaw juga pasti ada benda yang kaw tak suka dalam hidop ni kan.SEMESTINYA.Cuba kasi tahu aku sape yang takde tak suka ape-ape.Aku kasi kaw 30 ringgit..*tu je pun ade dalam pokek aku sekarang.Seriously aku tengah marah.Marah dengan makhluk takde otak.Marah dengan kipas yang berpusing 30km/h.Marah dengan pen sebab habis dakwat.Yang pasti aku marah.Tapi yang lebih pasti aku tak marah dengan korang.Tanpa melengahkan masa dan ruang yang ada,aku mempersembahkan perkara-perkara yang aku tak suka.Seriously AKU TAK SUKA.

1.Aku tak suka dengan manusia yang belagak cantik walhal kaw tak cantik mana.Seriously aku benci kaw. Kaw hupload gambar kaw melambak dalam pesbok then mintak orang tolong Like gambars *menunjukkan gambar tu banyak.Mungkin ada yang katakan kaw tu cantik bagi aku kaw tak cantik.Aku tak cakap aku cantik.Tapi cantik tu .... *tak taw definisi untuk cantik.Aku mintak maaf.

2.Aku tak suka dengan manusia yang hantar chat semata-mata nak suruh like gambar kaw.Seratus peratus tak dilayan.Mungkin ada yang mengatakan ayna umairah seorang yang sombong.Yes.AKU SOMBONG!. tapi bagi yang mengenali diri yang kerdil ini,mereka tahu sifat aku yang sebenar.So,better to know me.

3.Aku tak suka orang yang sombong tahap dewa.*kaw sombong takpe pulak..hehehe.Sumpah aku benci kaw gila-gila.Kaw rasa kaw terbaik,aku hantar chat kaw tak layan.Aku boleh terima alasan bila kaw cakap kaw tak perasan.Fine aku faham mata kaw sepek macam mata apek jual sayur.Tapi aku tak boleh terima alasan kaw bila kaw cakap kaw bizi,tak sempat nak reply text aku.Yesss.Memang kaw bizi.Bizi duk kutuk aku dengan member-member kaw.Kaw hidup atas dunia buat rugi oksigen kaw tahu kalau kaw sombong macam nih.Aku tak sangka kaw macam ni.Dah beribu tahun aku kawan dengan kaw,kaw boleh pulak kutuk aku belakang.Aku boleh je kutuk kaw belakang kaw.Tapi aku tak buat sebab aku anggap kaw kawan baik aku.Kaw terus-teruskanlah kutuk aku sampai kaw puas.*melampau pulak panjangnya aku taip.

4.Aku tak suka orang kutuk belakang aku.Kalau kaw nak kutuk please kutuk depan-depan.Aku tak kisah. Aku kecik hati kaw kutuk aku belakang.Kaw tahu tak berapa lama masa yang diambil untuk besarkan kembali hati aku ni.Dengan orang lain nak pulak kaw cerita,dengan aku taknak pulak.Ini sungguh memanaskan hati beta.Ni yang buat marah beta meluap-luap.Kaw tak pernah lihat beta mengamuk,Kalau beta mengamuk maka habis rakyat jelata beta pancung.

5.Aku tak suka manusia yang tanya soalan yang sama banyak kali.Ini buat aku stress.Bila stress aku lapar.Bila lapar aku cari makanan.Makanan tak jumpa aku marah.Bila marah aku stress balik.Itulah kitaran namanya.Kaw tanyalah banyak mana pun,kalau aku jawab putih jawapan dia sampai bila-bila tetap putih.Takkan sesekali berubah menjadi warna pink apatah lagi merah. So tanya sekali dah cukup malah lebih dari cukup.

6.Aku tak suka landing blog yang ade ''message from website''..Tak suka tak bermakna aku benci.Aku suka landing banyak blog dalam satu masa.So MFW akan menyebabkan lappy aku hang.Kalau dekat blog kaw je hang takpe,ni semua kena tempiasnya.Cubit peha kanan peha kiri terasa.hmm..tak boleh pakai ungkapan ni.

7.Aku tak suka landing blog yang bercerita pasal boyfie mahupun girlfie masing-masing.Kalau cerita pasal garlfield aku suka lah.Sangat suka.Aku lebih berminat untuk baca entri pasal kisah-kisah kehidupan yang berunsurkan jenayah..*macam terlebih kejam aje.Blog aku pun bukan bagus sangat.Tapi kalau korang ade pape yang tak puas hati dengan aku dan blog tersayang,sila komen.Aku terima dengan hati terbuka.Lepas kaw komen aku tutup balik hati aku.2,3 hari lepas tu kaw bukak pesbok kaw,tengok notification then tengok ape yang aku PM wall kaw-----> ''see u in court'' * gurau je.

Okey.Ini bukan sesi melepas kemarahan yang meluap-luap bagai larva Gunung Merapi tapi perkongsian yang boleh dikongsi bersama-sama sambil menonton cerita kongsi.Aku mintak maaf banyak-banyak jika entri kali ni menyebabkan korang terasa hati mahupun limpa serta organ-organ sewaktu dengannya.So natijah pada hari ini ialah is better to know me.Kalau kaw dah mula kenal aku,aku jamin kaw takkan pernah down untuk berkawan dengan aku.*perasan kaw tak hilang-hilang..:P...Ollrite..better aku chow dulu coz blog ni dah naik marah sebab aku lepaskan kemarahan aku dekat dia *kira penyakit berjangkit lah ni..kbhai!

*dah kembali senyum..



Korobori Pengakap Kanak-Kanak

heelllo guys...Waaaa..gua sangat mengantuk.Seriously penat blogwalking hari ini..*macam kaw blogwalking guna kaki kaw yang dah malas tahap dewa tuh.Tapi demi korang gua sanggup bekorban masa dan tenaga jejari gua.*bajet kaw hade peminat..pirahhh!!..Baru je dua hari lepas hupdate blog,hari ini rajin memenor gua hupdate lagi sekali.Inilah akibat bila cuti sekolah melanda.Bosan tahap cipan kaw tahu.Ko boleh lah merayap macam zirapah tak bertuan,gua nak pegi shoot depan rumah pun tak boleh.Hujan sentiasa mencemburui masa aku bersama kamera.Ramalan cuaca menyatakan bahawa esok tak hujan.So boleh lah gua berjimba-jimba.Gua dah buat plan esok nak pergi shoot dekat satu kawasan pembinaan ni kan,model lengkap,kamera gua dah jumpa balik,alatan seperti baju dan juga alat makeup lengkap.yehyehyeh..so back to our main point,gua tetiba rasa nak hupdate blog hari ini bukan disebabkan gua terlalu rajin atau kena paksa,tapi untuk gua cover entri gua lepas-lepas ni. ''mana kaw nak peghi ayna ?''..adelahh!!..gua nak pergi berperang dengan persiapan persekolahan tahun depan.Buku satu pun gua tak sentuh..muka buku hari-hari..lawa tak aku?? *perancangan awal..tapi last-last muka blog ni jugak kaw hadap!..cakap tak serupa bikin..


-segmen seterusnya bersama ayna lagi-*iklan anlene kejap


Bersua kembali kita dalam temu bual bersama pengacara tak bertauliah anda ayna umairah.Hari ini kita berbual pasal Pengakap.Ya. Apa yang anda paham tentang pengakap.Mereka ialah makhluk-makhluk yang pakai baju warna kelabu asap dan dengan skaf belang-belang *lawa sioot.. Banyak betul entri pasal pengakap ye..hahaha..kali ni gua nak cerita pasal korobori pengakap kanak-kanak ..kalau umur kaw 40 tapi kaw rasa masih keanak-anakkan tak dibenarkan sama sekali menyertai korobori ni.Berlansung di SK Taman Damai Jaya * aku suka lah gila gila lah nama sekolah ni..angan-angan nak letak nama rumah aku nama ni gak lah nanti bila aku dah berjaya bina rumah sendiri.-rumah patung barbie- tapi entri ni takde gambar..hahaha.. jangan harap!.tak berseri entri gilang gemilang gemerlapan bagai mutiara disuluh cahaya lampu jalan tanpa kehadiran VIP tehormat,encik gambar!*phewww












okey guys!..mata gua dah nak tertutup gila dah ni..gua ucapkan thanks to nzyme lagi sekali!..okeyh!..kalau kaw rase macam nak buat video untuk pape event bole text aku atau inbox aku dekat email aku macam biasa..komfem video kaw siap dalam masa 2 hari sebab memang gua bosan tahap dewa duduk dekat rumah ni!.okey..kita ketemu lagi di lain temu bual bersama pengacara anda yang lebih bertauliah.bytheway,nantikan entri aku lepas ni insyallah pasal model nerd..pastikan lain masa anda masih landing di blog ni hokey.KBHAI!

AYNA UMAIRAH.Better to know me

Jambori Pengakap Malaysia | Antarabangsa

hye guys.Hello hello dan hello penduduk Malaysia yang sedang menikmati bayu angin petang sepoi-sepoi bahasa bersama insan tersayang.Tapi kadang-kadang angin tak reti bahasa ade jugak melanda petang-petang yang hening macam ni.Hello jugak kepada readers-readers sekalian.Amacam cuti?..bosan?..berat bertambah?.. *macam iklan jual ubat pelansing .Cuti-cuti ni kaw duduk melepak dalam rumah tu.Makan tido makan tido..Memang takde koje nak dibuat.Mungkin ade diantara engko-engko yang rasa dirinya dah macam beruang koala.Hujan membuatkan gua tak boleh pergi berjimba-jimba di luar rumah.So entri-entri after this gambar dalam rumah..hua3.Dengan rasa bosan yang dah tahap puaka ni gua dengan lekasnya masuk bilik on lappy dan grab tenet tu dah terus menggoogle-google.Owh.minggu ni line tenet macam siput vavi aje..lepas gua maki hamun dah okey balik.Lepas ni bolee buat satu hari satu entri!.kehkehkeh .tengah duk seronok nak berblogging..tetiba pulak '' Java Install Update '' timbul dari permukaan skrin lappy tanpa dijemput..abaikan beliau!..gua nak berblogging dulu.Lepas ni gua install..engko bukan penting mana pun dalam hidup aku.Blog ni lagi penting.Blog ni yang bagi aku bahan nak merepek,*macam propesor nak bagi assement.~perasan kaw~,buat tugasan menaip dan merepek ,bercerita pasal hidop seharian dan jugak merepek lagi!.Yang pasti blog ni lebih penting dari encek Java!..


-kali ini isu merepek melalut tak timbul lagi-


nexttt....


sambung lagi..dah berpuloh kali tekan save button tu baru boleh publish post!.see..betapa gua takde bahan nak merepek lagi.Okey.back to the tittle.Tittle macam besaar aje agenda dia kan!..memang besor pun. Ini jambori yang ke-12 yang berlansung dari 18-25 November 2011 .huyargh!!..see betape lamanya mereka-mereka ini tak boleh online!.Jambori ini diadakan di Kem Telaga Batin Kuala Terengganu.Seramai 1 juta *lawa tak aku. orang peserta menyertai Jambori kali ini.*macam buat karangan BM.hua3...gua mungkin rindu untuk mengarang!..maklumlah dah duo bulan tak asah bakat mengarang.otak pun dah jadi arang!.ohh.semalam gua ronda-ronda di Marang,gua terjumpa rumah arang.memang super jakun lah gua semalam.!. hati ini berkata..''kenapelah takde seko dslr pun turun dari langit time ginih..alangkah ajaibnya.


-takde koje duk highlight perkataan ''rang''


berbalik kepada tajuk asal.ade jugak peserta yang berjambori di dalam wad.dah!.abaikan..hua3.anyway, takziah buat mangsa keadaan tersebut.* mangsa keadaan okey!..kalo tak paham jugak boleh google. gua nak share sedikit sebayak gambar di jambori tersebut kepada readers yang tak bosan-bosan landing di blog aku ni.*terharunya gua..perasaan artis seperti Sharifah Aini yang bila ketemu peminat bagi bunga yang besor-besor tu..gua jeling-jeling aje tapi kadang-kadang terjuling ade jugak!.*bajet diva kaw..bolee?..



the photographer and my teacher!..

for the last..gua harap kaw happy-happy aje cuti ni..harap takde yang lemas dalam tab mandi musim banjir ni.jaga keselamatan diri anda dan juga kawasan kejiranan anda * bajet prihatin..hua3.. harap takde yang bertukar jadi beruang koala.siapa-siapa yang ada masa nak lepak dengan gua boleh sms gua di talian  1300-88-2525..dengan segeranya gua sampai..hahaha till then

a.y.n.a  u.m.a.i.r.a.h