Diri Ini

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum :)

Hai pakcik makcik kakak abang adik *high5
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur serta dikukuhkan dengan Addin Islam dan Iman.
Masih diberi nyawa untuk terus bersujud memohon ampun kepadaNya.
Ya Allah syukur kepadaMu.

Hampir sampai ke penghujung tahun kan.
Okey apa yang kita lakukan sepanjang tahun ni?
Apa hijrah yang kita lakukan untuk diri?
Adakah nama kita sering disebut penduduk langit?
Tepuk dada tanya iman sayang :)

Setiap kita ada 2 malaikat yang sentiasa mencatat amalan kita. Tapi malaikat manakah yang selalu sibuk mencatat amalan kita?
Allahurabbi.

Ya Allah,
Dalam perjalanan hidupku,
Ampunilah dosa-dosaku,
Dosa-dosaku yang lalu mahupun dosa yang ku lakukkan sehingga ku menghadapMu kelak,
HambaMu banyak berbuat khilaf Ya Allah
Sebagai manusia,
Sering kali aku berbuat khilaf,
Sombong, tidak sabar, kurang ikhlas, kadang-kadang sering melewatkan solat,
Ampunilah hambaMu yang berlumuran dosa ini Ya Allah.
Untuk iman yang tak dipelihara, untuk lisan yang berdusta. Allahurabbi.                  
Ya Allah. Kau kurniakanlah kepadaku cahaya HidayahMu agar aku dapat kekal hidup dalam keimanan sehingga matiku.
Matikanlah aku dijalanMu.
Ya Allah. Kau ampunilah dosa hambaMu yang daif ini. HambaMu yang membuat banyak kesilapan di muka bumi ini.
Ya Allah bimbinglah diriku
Jagalah lisan, hati dan perbuatanku dari dosa
Kuatkanlah Iman ku Ya Allah
Jadikan aku umatMu yang pandai bersyukur atas nikmatMu
Jadikan aku umatMu yang penuh kesabaran dan penuh keikhlasan dengan segala kurniaanMu
Ya Allah hanya padaMu aku memohon
Hanya padaMu ku mohon perlindungan
Engkaulah Maha Pengampun Ya Allah
Maka ampunilah diriku Ya Allah
Ampunilah Aku ampunilah dosaku

Sahabat sekalian,
Mohon ampunlah kepadaNya.
Jangan berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya pintu taubat itu terbuka seluas langit dan bumi.
Sesungguhnya kita umat akhir zaman, banyak melakukan khilaf di atas muka bumi ini.
Tapi Allah tetap gerakkan jantung kita walaupun kadang-kadang kita lupakan Allah. Allahurabbi. Muhasabah bersama.    

Ya Allah, I don't know what's Your plan for my life but I know Your plan is the best. :)
Lets Hijrah. Move on. What past is past. Allah always beside us insyaAllah.
Act like muslim. Look like muslim and be a real muslim

Orang yang paling teruk diuji ialah Rasulullah SAW. Walaupun baginda seorang Nabi.
Kita umat yang banyak dosa ni, dapat ujian sikit dah mengeluh, dah berputus asa.
Sebaik-baik tempat mengadu ialah Allah SWT sayang 
Allah is the best listener. He hears even the very silent prayer of a sincere heart.

Jika kita jatuh kerana manusia. Bangunlah kerana Allah.
Allah adalah segala-galanya bagi kita . Dia adalah sebaik-baik pelindung
Allah. Dia selamanya ada, untuk saya, untuk awak, untuk mereka dan untuk kita.
Bersyukurlah. Allah tidak pernah tinggalkan kita .
Cintailah Allah dan Rasul melebihi segalanya.
InsyaAllah kemanisan Iman dapat dirasai.

Jadikan Al-Quran sebagai panduan.
The heart without Al-Quran is like a ship without a compass.
Tanpa Al-Quran hidup kita kosong . Kosong sekosong kosongnya.

Being love by people around is nothing if we lose love from Allah.


Tudung

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum

Hai uolllss.
Rajinya myolls update. Huh!
Rajin sungguh. Last update dah 2 minggu yang lalu.
Tapi maklumlah cuti ni still sibuk. Bukan dengan homeworks tapi dengan kenduri kendara.
Nasib baik myolls pun tak gila nak kahwin jugak -.- *pray for me hehehe. Myolls rasa nak kahwin muda. LOL ><
Tapi memang cuti ni boring. Terperap dalam bilik, tengok tv, makan, terperap lagi dah macam ayam penyek dah.
Tapi ada jugak out dengan rerakan. Main badminton and soooooooo on. *OME
Ni kalau bab main ni komfem kerja si shahir. Bowling lah badminton lah.
Nasib baik tak ajak lepak main pondok-pondok. Haih


Last week wani call aku ajak main badminton. Myolls tak boleh pegi uolls atas sebab-sebab tertentu. *padahal malas macam beruang koala!. Alololo comel betul tahap kemalasan aku.
Hmm tapi rasa macam rugi pulak. Ehh tapi memang rugi pun!! *perusttttt ceq (frust)


Tapi entry ni bukan semata-mata nak cerita pasal keheeedopan aku seharian yang tak bermakna tu *siapa cakap!
Tuuu baca tajukkk kat atas tu. Bacaaaaaa!!
Amboii marah seh. Bukan marah cuma tegas je. Lol


Olrite. Cakap pasal tudung. Hah memang berkait dengan pompuan. 
Takkan si jantan pun nak pakai tudung jugak. Tapi kalau pondan tu. mak tak tahu lah * tangan ke bahu
As we know tudung ni tujuan dia nak tutup aurat iaitu rambut. Faham!
Tapi uolss kena faham aurat perempuan ni bukan setakat rambut.
Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. 
Sila faham!. TAPAK TANGAN. Bukan dari bahu hingga ke siku. Idok idok!


Eh bukan nak cerita pasal tangan ke kaki ni. Nak cerita pasal tudung.
Okey dah pakai tudung. Alhamdulillah cantik. Tapi pakai dengan cara yang salah. 
Erkk masuk di sini macam pakai tudung tapi singkat. Hah cenggituhlah


Jap iklan jap. 
Entry ni dikarang pada pukul 12.47 am sebab time ni je line laju so kalau ade tertypo apa-apa mohon maaf. Mata myolls dah kuyu. Esok dah jadi panda. 
Sokey sokey. Bak kata #AzrinMazlan . Panda lebih comel dari segalanya. -.-
*bagi kungfu sekali kat azrin.


Sambung-sambung.
Ni nak ceritakan serba sedikit cara masyarakat kita salah guna tudung masa kini. *tolong abaikan bahasa aku.

Waktu zaman Nabi s.a.w tak ada perempuan yang bersanggul bagai bonggol unta dan tak ada perempuan yang berpakaian tetapi bogel dan Nabi s.a.w kata dua jenis perempuan ni akan ada pada akhir zaman yakni zaman kita sekarang di mana-mana boleh lihat. 
Nabi s.a.w benci kepada pelakuan dua perempuan jenis ni dan Nabi s.a.w kata mereka tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya. 
Apakah golongan jenis ini sedang berdusta mengatakan mencintai Nabi s.a.w tapi tak pernah mahu berubah mengikut hukum dan ketetapan yang Nabi suruh?

Ni example dia.

Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher. Selagi boleh lilit, lilitlah. Haishh

Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

Tudung ‘See Through’
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

Tudung Saji
Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
Undeseteng?
Ini realiti masyarakat kita. Bukan semua tapi segelintir.
Orang sekeliling boleh nilai kita dari aspek pemakaian.

Awak kena faham
Bertudung labuh, berpurdah bukanlah tanda dia seorang yang alim, 
cuma tuntutan agama yang telah dipenuhi. Alhamdulillah.
Bagi yang mendedahkan aurat pulak bukanlah tanda dia seorang yang jahat, 
dorongan dan nasihatlah yang perlu diberikan buatnya, bukan kata-kata cacian.

So sahabat yang diredhai Allah sekalian. Mari sama-sama kita baiki diri kita.
Let's Hijrah. To Jannah together insyaAllah.
Manusia tiada yang sempurna. Tapi biarlah kita berusaha agar nampak sempurna di mata Allah.
Allah tak nilai seseorang itu berdasarkan rupa, harta. Lantak kaulah ratu cantik dunia sekali pun ada kilang emas 6 bijik rumah banglo 163 bijik pun. *amboi harta dia.
Allah nilai berdasarkan takwa dan iman kita.
Kalau pakai tudung pun macam nak taknak je. 
Macam mana dengan iman kita? Kuat ke? 
Tepuk dada tanya diri sendiri sayang. :)

As example eh
Bila seorang raja yang baik menyebut nama kita dalam satu majlis yang dihadiri ramai orang, bagaimana perasaan kita? Gembira tidak terkata, bangga. Lompat-lompat siap update status 

'' Wuhuuu raja blablabla mention nama aku . Famous famous''

Bagaimana pula jika Allah 'Azza wa Jalla menyebut nama kita dihadapan para malaikat? Bagaimanakah perasaan kita? Tentulah lebih bangga dan gembira bukan? Allahurabbi.

So thats all untuk kali ni. Ngantuk ngantuk 
Eleh nanti off lappy on phone layan twitter jugak. Hehehe
So sahabatku. Ayuh kita gapai redha Allah.
Nak cari Hidayah Allah untuk bertudung sempurna? 
Sayang...
Hidayah Allah itu dah ada.
Tu Al-Quran tu dah berabad dah diturunkan.Lengkap.
Nak tutup aurat dengan sempurna. Surah AnNur tu.
Tapi kita ni malas. Malas nak cari Hidayah .

And untuk lelaki jugak. sikit je.
Sentiasa perbaiki diri untuk jadi yang terbaik .InsyaAllah Allah simpan bidadari yang terbaik untuk kalian. :)
 
Assalamualaikum. May Allah always with us today, tomorrow and forever. :) InsyaAllah



ehh. kena ke letak. Hahaha :P

Bersabarlah

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum :)

Ohoii ohoii. Saya kembali. 
Rasa macam nak update blog tapi malas. 
Tapi terpaksa jugak update *bajet ada orang nak baca
Before that, sekarang di mana-mana sangat hebah pasal #PrayForGaza
Gaza di bom ketika Umat Islam seluruh dunia menyambut tahun baru Hijrah. 
Ya Allah Amat sedih sekali, saudara kita di sana dalam kesusahan wahai sahabat sekalian. Ayuh kita doakan mereka. 

Kita boleh tak ambil peduli. Kalau kita yakin keadaan yang sama tak akan berlaku di Malaysia. 
But, who knows for our future? The Only One - Allah.  
Ini adalah masa yang terbaik untuk kita muhasabah diri kita. 
Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya. Ambil peduli. 
Even sebaris ayat "Ya Allah, selamatkan mereka." Itu dikira kita ambil peduli. Dan Allah akan memberi ganjaran pahala buat kita. 
Ditambah pula dengan anugerah syurga. InsyaAllah.
Gaza sedang melambai-lambai perhatian kita. Ayuh, halakan tumpuan kita kesana. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dalam membela agama-Mu.!


''Wahai saudaraku, hanya doa daripada kami.Sesungguhnya bangsa kami lemah.Sabarlah saudara-saudara. Syahid menantimu''

Alhamdulillah saya dan sahabat dapat out bersama hari ini. Eratkan ukhwah katanya. Ya Allah terima kasih kau kurniakan kepada nikmat yang tak terhingga ini. Taknok taip panjang-panjang sebab malas. Tu je pun nak cerita. Hehehe



 ini bukan episod jalan-jalan cari makan ye. 

*kejam lah wani snap gambar ni wahahaha
lagi sekali. Wahaha. Ini pun gambar kejam!.

Hahaha dah post tapi revert balik sambung buat entry pommpomm.
Okey nak cerita ni. Ekhem ekhem ekhem.
Dimulakan cerita pada suatu pagi yang hening lagi mendamaikan *karangan UPSR
Bangun tidor siap-siap turun bawah breakfast. 
Wani call aku '' ohoi aten bila nak gerak. Aku pergi rumah kau lah'' *more or less
Me. Gerak? OMG lupa hari ni janji nak main bowling. *dalam hati je
Aku call shahir tapi nasib malang selalu menimpa. Si mangkuk hayun ni tak boleh pergi pulak!

And weollssss tukar rancangan lepak dekat Mayang Village tu je . Sangat nomnomnom!
Dah lepak story story gelak macam puaka semua. Okey fine weollss akui walaupun berpakaian suppannnnn santuuuuuunnnn tapi perangai memang macam puaka hahaha.
Dah gelak sampai menangis T_T. Paling tak boleh blah dengar cerita Kartika yang nak tunggu '' Adam Hishamuddin '' dia tu. Blah lah kau.

bosan and then kami gerak ke Perpustakaan Awam. 
Tipuuu tipuuu bukan ke pustaka pun pergi ekspo semata-mata, cuci mata miow miow.
Punyalah panas cair makeup tahu! 
Cuci-cuci mata tengok abang-abang handsome tengok pak guard. 
Adelah sorang pakguard ni duk jeling menjeling . Aku siap buat mata juling lagi. eh
Kenapa? Muka kami macam muka pendatang asing ke T_T

Arhh gerak gerak pergi surau. Punyalah memilih nak masuk surau pun cari surau yang ada aircond.
Last-last solat dalam surau Giant tu jugak.
Laporrrrrrr!
Jap check duit demi keselamatan dan demi menjaga maruah hahaha takut tak cukup duit.
Maklumlah dah cakap nak main bowling, shahir nak belanja takde sorang pun yang bawak ATM card , Credit Card, TouchnGo Card and kad-kad yang sewaktu dengannya. #Moneyless

We decide makan pasta je. Foodcenter lagilah penuh sebab lunch time. Melepas sizzling aku T_T wuwuwuwu. Btw si kartika memang nak makan pasta so makan je lah. Redah je janji kenyang boleh sambung shopping.
Weollsss order kemain banyak walhal nak makan 4 orang je. Ni order macam nak ajak makan 4 kampung.
Ehhh sampaikan tak muat meja serious!
Ahhhh biarlah orang sekeliling nak kata apa janji kenyang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
*pakcik sebelah aku tengok pelik je

Makk aihh kenyang sampai nak pengsan. Kalau pengsan pun best ambulans datang ambik takyah bayar makanan tu semua wahahahahaha. And then sambung shopping. Hahahaha punyalah kejam weollsss ni duk ajuk promoter tu cakap.

'' Nudget ayam blablablabla... hmmmmm sedappppp''

wani ketua ni aku ikut je dia ajuk. 
Penat penat and tired. Dah balik rumah.

(Entry ini berbentuk karangan UPSR harap maklum)

p/s: Kami bersenang di sini bukan bermakna kami melupakan mu di sana wahai saudaraku. Kita semua diuji oleh Allah tapi dengan ujian yang berlainan. Ingat, Allah sentiasa ada disisi kita. Sabarlah.

Dilema

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum :)

Merujuk kepada tajuk di atas, *perghh tajuk tak boleh blah. Apa yang dimaksudkan dengan dilema?
Ini bukan kisah dilema putus cinta. Idok idok idok!

Hari ni hari sabtu. Semalam hari jumaat. Esok hari Ahad dan seterusnya hari Isnin. 
Selepas ni bolehlah contact I untuk bertanyakan hari. Muka saya macam muka kalendar ke? Oh man!
Having my day today infront lappy. Fullday. Eh memang! semalam saya tak boleh tidur teringatkan unta jiran sebelah yang garpu terlekat di celah gigi beliau semasa makan malam.
''Hah makan lagi dengan garpu. Berangan nak jadi juri master chef konon''

Ni lah abang unta yang I ceritakan tu. Abg Abuya nama dia. Memang handsome. kan?
FS'p - Zoo Johor

Pangggggggggg! *kene penampor dgn abg Abuya


Jeling kiri jeling kanan. Tengok takut-takut ada cicak yang cuba-cuba nak skodeng saya tengah berblogging. Maklumlah ade je makhluk dalam dunia yang tak boleh tengok orang lain senang. Oh cicak tu I mean musuh utama I. Baru je habis bergaduh tadi. Beliau siap update facebook buat status lagi.

'' What the fish ! '' 49 likes 17 comments.

Menyampah betul . Menyampah kuasa 15. Nak muntah pelangi rasanya.

Okey saya habiskan masa 4 jam depan blog ni demi nak habiskan entry ni *trust me :P.
Hah entry kali ni berkandungkan dikandungkan mengandungi 17 bahagian dan 15 muka surat. Sila baca dengan teliti.
Hah takdenye aku nak tulis entry panjang sampai 17 bahagian. Itu semua palesu semata-mata. Dah!.Demi masa hadapan saya, tetibe je hari ni terpikir masa depan. Lame ni mung duk ralik main dok sedor diri! I nak jadi apa in future???? 0.o . Hah yang ni menjadi dilema ni.

Medical course a.ka doctor. Saya tak suka dengan darah. Dahlah warna merah macam warna darah. Ehhhhhhhhhhhhhhhhhh o.0
Kalau saya jadi doktor mesti setiap kali update blog ada gambar ubat lah mayat lah *perlu ke highlightkan perkataan tu hahaha.
Siap bergambar dengan pesakit mungkin. Tu tak termasuk gambar bersama pemandu van jenazah.
Alamak!
Hari-hari jumpa jenazah nanti. Alah saya pun jadi jenazah nanti. Tak boleh nak update burung biru dah sebab dah tinggalkan langit biru. Harap kawan-kawan sedekahkan doa untuk saya nanti. Sobbbbssss.
*Lap air mata pakai tisu tandas Pavilion. Kelaasssss kau

Teacher. Not bad. Saya nak ajar bahasa French year 1. Matilah anak-anak murid  nak faham . Matilah saya jugak nak mengajor budak darjah satu. Belajar membaca mengira mengira menghafal menulis blablablabla..........
Macam best jugak tapi perlukan kesaboran yang tinggi mempokok kelapa ataupun yang tinggi menggunung kinabalu.

''Ye anak-anak. Ayam dalam bahasa French ialah chameau. Sebut ramai-ramai''
''CHAMEAUUUUUUU!. meauuuu meauuuu meauuuu'' -,-

Police. Hahahaha. Taknak lah.
Tak minat berseragam pakai banyak lencana dah macam pokok krismas bergerak.
''Polisssss!*gaya pegang pistol air*. Sila letak senjata anda dan terus menari Chicken Dance!''

Pilot.
Woih kenapa tiba-tiba terlintas nak jadi pilot. Adam&Hawa punya auralah ni.
Matilah mak bapak saya nak cari duit nak masuk Aviation Academic.
Saya memang minat terbang-terbang ni. Terasa seperti burung biru dalam twitter tu. Agak-agaknya suka tengok awan yang macam cotton tu dari atas. Rasa nak terjun buat kuak lentang je. Kalau takde stewardess dalam flight tu lama dah aku cakap dekat co-pilot suroh berhenti aku nak main atas awan kejap.
Kalau terhempas semua mati syahid. Syahid di udara. -,-.
Subhanallah indah betul ciptaan Allah kan.

Adelah zaman dulu-duluuuuuu kalau kat sekolah kan ada cikgu tanya. Okey I mean zaman sekolah rendah. Macam-macam jawpan yang dikemukakan.

''Bila besar nak jadi apa?''
''Doktor''.
''Polis''
''Doktor jugak. Doktor sakit jiwa''
''Cikgu''
''Saya nak jadi otromen cikgu!'' -.- *ni spesis murid yang otaknya tak berkembang langsung.

Statistik menunjukkan bilangan doktor yang paling ramai and pilot was negative. Yes mungkin masa tu otak tak berkembang pesat lagi. Masih suam-suam kukus.
But in year 6, saya ade lah pergi bilik kauseling *tetibe* sambil bawak buku nota gambar barbie *woihh barbie masa tu famous amous okey. Jangan perli*.

me: '' Cikgu jadi pilot best tak? Anak cikgu kan pilot? ''
teacher: '' Kalau pilot ni kita akan belajar banyak perkara. About medic, meteorological , navigation , engines. ATPL, PPL, CPL license blablablablabla ''

*Tenganga

Cikgu tak menjawab soalan lansung. Saya tanya best ke tak je? Ni dah macam pilot bersara dah.
Agak-agaklah nak faham . UPSR pun tak ambik lagi masa tu.
And then bila dah dewasa faham lah jugak . Tapi bukan sepenuhnya. Tahu apa itu meteorologi. Kenapa hujan. Kenapa bersalji. Kenapa kalau hujan turun air bukan turun emas. *hamboii.

*Jual kuih koci pun lepas SPM nanti belum tentu cukup duit nak masuk Aviation Academic. Siannnn ambe!



Aircraft Engineering and Maintenance Course. Alah lebih kurang dengan pilot ada main dengan aircraft jugak kan.
Boleh bedah planes. Tengok kut ada jantung ke limpa yang rosak.
Kiranya macam doktok pesawat lah. Kalau rasa nak mengada sikit bila time check engines tu silalah pakai nametag yang berpangkat Doktor kat depan.
Tapi kalau ade ambulans bawak kau masuk Hospital Bahagia. Pepandai lah.
Saya ade try bukak web MFA/ HMA/ KISTAA tapi nak apply tu idokkkk le, belum cukup umur lagi. *kata perancangan masa depan kan*

Chef. Ini lagi best.
Takyah kerja kuat-kuat. Masak je kerja. Kongklangkongklang.
Kerja ni pun , kalau ade rezeki boleh jadi famous. Masuk tv buat rancangan sendiri.
Tapi kerja ni orang tak pandang sangat. Yes memang pangkat dan moneyy tu tak penting but you know people now day macam mana kan.
Duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit. Nak masuk tandas awam pun kena bayar 30$ tahu apatah lagi tandas exclusive kat dataran ShahBandar tu *only in terengganu* kan dah kena bayar RM1. -.- eh bayar tambang bas balik sekolah pun dah lepas.

Broommm brommm brooommm brooommm *lori indahwater lalu depan rumah.

Arghhhh terbantut otak nak menaip pasal future job.
Lepas SPM rasa macam takyah nak fikir sangat nak cari kerja apa sebab boleh jadi Assistant Taekwondo dulu before result keluar kan.
Ade untongg jugok mung masok WTF.
Bukan sekadar penat lawan-lawan dapat sijil dapat duit semata-mata hahaha.

Ohh mohon jangan puji pencilcase I.
I beli kedai 2ringgit tapi harga dia bukan 2ringgit pun. RM 4.80 jugak -.-


Holiday holiday holiday holiday holiday.
Saya punya holiday dah lama dah. Since 17/10 yang lepas . 
Melampau!
Arghh tenangnya otak bila dah cuti. takda dah nak fikir pasal homeworks bagai. 
Cuti ni tak ke mana-mana ke?

Rombongan cik kiah ke? pak ali ke kan?
Alah takpe tak pergi bercuti pun takpe. Alang-alang kau duduk terperap dalam rumah macam ayam penyek baik tolong mak bapak kau tanam jagung belakang rumah. Tak pun jual nasi lemak pagi-pagi kat pasar. Duit masuk pahala pun dapat .

Ye ini dekat mount titlis ye adik-adik. *gambar last year. tetibe

I nak panjat Header Banner tu nak ambik abg mickey bawak balik rumah!

Bunga ni banyak kegunaan. 
Kak Bedah taruk dekat sanggul rambut pakai sekali dengan kebaya. 
Pak kasim lalu bocor tayar vespa dia.


Okey nak stop sini je dulu.
Tetibe je ade hamba Allah yang call ajak main acara baling membaling. Bowling letew.
Siap pakej belanja lagi :)
Apa kata orang, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.
Kalau nanti mintak balik duit sumpah aku tolak kau masuk kolam ikan jaws
Buruk siku. Dahlah muka pun buruk. hish`.
Terengganu Equestrian Resort here I come!. Alang-alangkan boleh riding sekali lepas tu. dah rindu dengan encik kudaa .

Being loved by people around is nothing if you lose love from Allah .


Tenanglah Wahai Hati

Bismillahhirahmanirrahim Assalamualaikum :)

Alhamdulillah dipanjangkan lagi umur untuk terus memohon ampun kepadaNya.Syukur kepadaNya. Main Story. Tafsiran Al-Quran pada waktu pagi yang hening di dataran sekolah. *Hari-hari aku lambat turun ke dataran* ~_~



 Surah Annur ayat 26. '' (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.''  Sambung lagi dengan ayat 31 '' Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.''

Kalau bukan sekarang, bila lagi? Takkan nak tunggu sampai  mati? Jika bukan kita yang yang membantu diri sendiri, siapa lagi yang sudi? Takkan nak lupakan dan biarkan perasaan itu terkubur sekali lagi? Biarkan apa orang sekeliling nak kata. Tak up to date, kolot, kekampungan, takde class. Biar cantik di mata Allah bukan di mata manusia. Tapi sekiranya cantik di mata Allah , pastinya cantik jugak kan di mata manusia :)

Sebelum disapa sinar iman, kita dipandu hati sekeras batu. Bila Nur Al-Quran meresap ke jiwa, lunturlah segala keangkuhan. Sekuat manapun seseorang tu pasti ada sesuatu yang akan membuatnya menangis. Allahhurabbi .Apa yang kita lakukan selama ini.Ya Rabbi ampunilah kami. Untuk setiap pandangan yang tidak terjaga. Untuk iman yang tidak dipelihara .Ya Rabbi Kau mengawasi kami setiap detik. Kau kurniakan kami hidayahMu. Terima kasih ya Allah atas hidayah yang tidak terhingga ini. Sungguh Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Satu bintik jerawat kita sibuk cari cara nak hilangkan ,tapi berjuta bintik hitam tumbuh di hati tak pernah sibuk cari cara nak hilangkan. 
 
Aku bukan seorang muslimah yang baik, apatah lagi sempurna.Aku ingin menjadi baik. InsyaAllah. Bila niat kita baik, ingin menjadi baik, pasti Allah akan bantu kita. Hanya terpulang pada diri kita untuk terus berusaha memperbaiki diri atau terus dengan yang sekarang. Ya Allah, jika ini yang terbaik buatku, kuatkanlah aku, permudahkanlah segala urusanku dalam hijrah di jalanmu. Sometimes, Allah give us of heavy trials, because He believes in our ability than we believe in ourself. Tanam dalam hati kita sungguh-sungguh Lillahitaala. Syaitan ? get out main jauh-jauh!
 
My future zauj,  when the time comes, love me in the name of Allah SWT and guide me by His Quran and together let us build a family that forever will resides in Jannah. InsyaAllah. Let Allah be The Author of our love story. Ahabbaka llazi ahbabtaniylah. Semoga Allah mencintaimu, yang Dialah membuat engkau mencintaiku keranaNya .

 I cover my hair, not my brain. Don't judge me with your glare, My Lord says I'm a precious pearl, I command respect! I'm a muslim 

P/S #1- Jangan pelik tengok orang berniqab, berjubah dan bertudung labuh tahu!. *tangan kat pinggang, kening terangkat* 

P/S #2- Pinjamkan saya buku Salahuddin Al-Ayubi tulisan Abdul Latip Talib. Woowoo orang tak habis baca lagi dah kena hantar. :(

P/S #3- Wanita play this song :)

P/S #4- Tahniah IMTIAZ K.Terengganu dapat juara keseluruhan Kejohanan Taekwondo ISTAC 2012. 10 emas 8 perak 11 gangsa. Alhamdulillah :)

P/S #5- Tadi kemain banyak nak tulis . Sekarang dah lupa ~(‾▿‾~) (~‾▿‾)~ 

P/S #6- Saya suka guna bahasa campur-campur. ~__~

Being loved by people around is nothing if you lose love from Allah

Past Schedule

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum :)

Hai Hello I'm here again.Surprise don't you. Yesterday I had post a short entry but today I got a free time so I will write again. Quite good right hah for me to update this little muchy blog twice? Alhamdulillah thanks God. Well before this I'm very busy with exam. Final exam. And continued with camping activity for 4 days. .~,~ awesome! I had my ''wonderful'' camping in Kedah. Jauh tak jauh tak? Not bad lah walaupun it was a long journey . Tired? Yup!. I enjoyed the camping and we had not win any prizes T_T. Moment paling best bila main ''Merentas Halangan'' . Bad moment too when my phone broke up. * Yeah actually saya yang jatuh dalam air sebab tak lepas monkey bar tu lupa pulak phone ada dalam beg so go on jelah * Alhamdulillah sempat balik raya kat Terengganu. Kalau tak raya kat perantauan jelah. Balik pun jalan jam!


Wow holiday holiday ~ although students still have a week to spend in school ~ *Ekhem saya ambil cuti seminggu awal* Kejam kan? At least I'm at home and can do anything I want. Cooking! *nasi pun hangit* And then reading. Oh sesiapa boleh pinjamkan buku Salahuddin Al-Ayubi Karya Abd Latip Talib please :(. Pinjam dengan pustaka pun tak sempat baca dah kena hantar balik wuwuwuwuwu!


Korban :)

Alhamdulillah alang beraya di Mekah :) Kite tengok astro je kat rumah hahahaha >_<


Ingatlah. Hidup kita atas dunia ni sementara je. Jadilah kita hamba Allah yang sentiasa patuh dan taat akan perintahnya. Allah uji kita dengan pelbagai cara. Kecantikan kemewahan dan kesakitan. Dan ingatlah sakit yang kita hadapi tu akan menjadi penghapus dosa-dosa kita yang lalu. Aamiin Allahuma Aamiin.* Being loved by people around is nothing if we lose love from Allah.*

'' Ya Allah, peliharalah hatiku. Sucikanlah ia dari dosa-dosa silam dan penyakit-penyakit hati sepertimana Kau sucikan bumi dengan air hujanMu.''

                 

Wordless Friday

Assalamualaikum ya ukhti wa akhi :)

Lama tak lama tak non update blog. Here I come. Dalam menempuh kehidupan duniawi yang penuh cabaran ni kan macam-macam kita rasa.Kadang-kadang kita ketawa kegembiraan. Kadang-kadang kita menangis kesedihan. Wahai hamba Ilahi, begitulah kehidupan di dunia. Kita sesekali tidak dapat menjangka apa yang Allah telah aturkan untuk kita.Namun percayalah Allah tidak akan menduga hambaNya kecuali untuk melihat hambaNya bersyukur dan bersujud kepadaNya.

Kadang-kadang kita lalai mengingatiNya. Kita terlupa akan suruhanNya. Kita asyik dengan keseronokan dunia. Tapi Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang. Dia buka hati kita. Dia beri laluan hidayah untuk kita kembali mengingatiNya kan? Alhamdulillah.

Seru pada diri kita sendiri. Apa yang kita buat selama ini atas dunia. Hanya berseronok? Hmmm ruginya hidup yang Allah kurniakan kita sia-siakan . Rugi sangat. Rugi oksigen sebab kita bernafas atas dunia ni hanya untuk berseronok sehingga lupa kepada Pencipta. Dahlah oksigen pun semakin kurang sekarang ni. So sama-sama kita baiki diri kita ke arah lebih baik. :)