Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum :)
Merujuk kepada tajuk di atas, *perghh tajuk tak boleh blah. Apa yang dimaksudkan dengan dilema?
Ini bukan kisah dilema putus cinta. Idok idok idok!
Hari ni hari sabtu. Semalam hari jumaat. Esok hari Ahad dan seterusnya hari Isnin.
Selepas ni bolehlah contact I untuk bertanyakan hari. Muka saya macam muka kalendar ke? Oh man!
Having my day today infront lappy. Fullday. Eh memang! semalam saya tak boleh tidur teringatkan unta jiran sebelah yang garpu terlekat di celah gigi beliau semasa makan malam.
''Hah makan lagi dengan garpu. Berangan nak jadi juri master chef konon''
Ni lah abang unta yang I ceritakan tu. Abg Abuya nama dia. Memang handsome. kan?
FS'p - Zoo Johor
Pangggggggggg! *kene penampor dgn abg Abuya
Jeling kiri jeling kanan. Tengok takut-takut ada cicak yang cuba-cuba nak skodeng saya tengah berblogging. Maklumlah ade je makhluk dalam dunia yang tak boleh tengok orang lain senang. Oh cicak tu I mean musuh utama I. Baru je habis bergaduh tadi. Beliau siap update facebook buat status lagi.
'' What the fish ! '' 49 likes 17 comments.
Menyampah betul . Menyampah kuasa 15. Nak muntah pelangi rasanya.
Okey saya habiskan masa 4 jam depan blog ni demi nak habiskan entry ni *trust me :P.
Hah entry kali ni
Hah takdenye aku nak tulis entry panjang sampai 17 bahagian. Itu semua palesu semata-mata. Dah!.Demi masa hadapan saya, tetibe je hari ni terpikir masa depan. Lame ni mung duk ralik main dok sedor diri! I nak jadi apa in future???? 0.o . Hah yang ni menjadi dilema ni.
Medical course a.ka doctor. Saya tak suka dengan darah. Dahlah warna merah macam warna darah. Ehhhhhhhhhhhhhhhhhh o.0
Kalau saya jadi doktor mesti setiap kali update blog ada gambar ubat lah mayat lah *perlu ke highlightkan perkataan tu hahaha.
Siap bergambar dengan pesakit mungkin. Tu tak termasuk gambar bersama pemandu van jenazah.
Alamak!
Hari-hari jumpa jenazah nanti. Alah saya pun jadi jenazah nanti. Tak boleh nak update burung biru dah sebab dah tinggalkan langit biru. Harap kawan-kawan sedekahkan doa untuk saya nanti. Sobbbbssss.
*Lap air mata pakai tisu tandas Pavilion. Kelaasssss kau
Teacher. Not bad. Saya nak ajar bahasa French year 1. Matilah anak-anak murid nak faham . Matilah saya jugak nak mengajor budak darjah satu. Belajar membaca mengira mengira menghafal menulis blablablabla..........
Macam best jugak tapi perlukan kesaboran yang tinggi mempokok kelapa ataupun yang tinggi menggunung kinabalu.
''Ye anak-anak. Ayam dalam bahasa French ialah chameau. Sebut ramai-ramai''
''CHAMEAUUUUUUU!. meauuuu meauuuu meauuuu'' -,-
Police. Hahahaha. Taknak lah.
Tak minat berseragam pakai banyak lencana dah macam pokok krismas bergerak.
''Polisssss!*gaya pegang pistol air*. Sila letak senjata anda dan terus menari Chicken Dance!''
Pilot.
Woih kenapa tiba-tiba terlintas nak jadi pilot. Adam&Hawa punya auralah ni.
Matilah mak bapak saya nak cari duit nak masuk Aviation Academic.
Saya memang minat terbang-terbang ni. Terasa seperti burung biru dalam twitter tu. Agak-agaknya suka tengok awan yang macam cotton tu dari atas. Rasa nak terjun buat kuak lentang je. Kalau takde stewardess dalam flight tu lama dah aku cakap dekat co-pilot suroh berhenti aku nak main atas awan kejap.
Kalau terhempas semua mati syahid. Syahid di udara. -,-.
Subhanallah indah betul ciptaan Allah kan.
Adelah zaman dulu-duluuuuuu kalau kat sekolah kan ada cikgu tanya. Okey I mean zaman sekolah rendah. Macam-macam jawpan yang dikemukakan.
''Bila besar nak jadi apa?''
''Doktor''.
''Polis''
''Doktor jugak. Doktor sakit jiwa''
''Cikgu''
''Saya nak jadi otromen cikgu!'' -.- *ni spesis murid yang otaknya tak berkembang langsung.
Statistik menunjukkan bilangan doktor yang paling ramai and pilot was negative. Yes mungkin masa tu otak tak berkembang pesat lagi. Masih suam-suam kukus.
But in year 6, saya ade lah pergi bilik kauseling *tetibe* sambil bawak buku nota gambar barbie *woihh barbie masa tu famous amous okey. Jangan perli*.
me: '' Cikgu jadi pilot best tak? Anak cikgu kan pilot? ''
teacher: '' Kalau pilot ni kita akan belajar banyak perkara. About medic, meteorological , navigation , engines. ATPL, PPL, CPL license blablablablabla ''
*Tenganga
Cikgu tak menjawab soalan lansung. Saya tanya best ke tak je? Ni dah macam pilot bersara dah.
Agak-agaklah nak faham . UPSR pun tak ambik lagi masa tu.
And then bila dah dewasa faham lah jugak . Tapi bukan sepenuhnya. Tahu apa itu meteorologi. Kenapa hujan. Kenapa bersalji. Kenapa kalau hujan turun air bukan turun emas. *hamboii.
*Jual kuih koci pun lepas SPM nanti belum tentu cukup duit nak masuk Aviation Academic. Siannnn ambe!
Aircraft Engineering and Maintenance Course. Alah lebih kurang dengan pilot ada main dengan aircraft jugak kan.
Boleh bedah planes. Tengok kut ada jantung ke limpa yang rosak.
Kiranya macam doktok pesawat lah. Kalau rasa nak mengada sikit bila time check engines tu silalah pakai nametag yang berpangkat Doktor kat depan.
Tapi kalau ade ambulans bawak kau masuk Hospital Bahagia. Pepandai lah.
Saya ade try bukak web MFA/ HMA/ KISTAA tapi nak apply tu idokkkk le, belum cukup umur lagi. *kata perancangan masa depan kan*
Chef. Ini lagi best.
Takyah kerja kuat-kuat. Masak je kerja. Kongklangkongklang.
Kerja ni pun , kalau ade rezeki boleh jadi famous. Masuk tv buat rancangan sendiri.
Tapi kerja ni orang tak pandang sangat. Yes memang pangkat dan moneyy tu tak penting but you know people now day macam mana kan.
Duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit. Nak masuk tandas awam pun kena bayar 30$ tahu apatah lagi tandas exclusive kat dataran ShahBandar tu *only in terengganu* kan dah kena bayar RM1. -.- eh bayar tambang bas balik sekolah pun dah lepas.
Broommm brommm brooommm brooommm *lori indahwater lalu depan rumah.
Arghhhh terbantut otak nak menaip pasal future job.
Lepas SPM rasa macam takyah nak fikir sangat nak cari kerja apa sebab boleh jadi Assistant Taekwondo dulu before result keluar kan.
Ade untongg jugok mung masok WTF.
Bukan sekadar penat lawan-lawan dapat sijil dapat duit semata-mata hahaha.
Ohh mohon jangan puji pencilcase I.
I beli kedai 2ringgit tapi harga dia bukan 2ringgit pun. RM 4.80 jugak -.-
Holiday holiday holiday holiday holiday.
Saya punya holiday dah lama dah. Since 17/10 yang lepas .
Melampau!
Arghh tenangnya otak bila dah cuti. takda dah nak fikir pasal homeworks bagai.
Cuti ni tak ke mana-mana ke?
Rombongan cik kiah ke? pak ali ke kan?
Alah takpe tak pergi bercuti pun takpe. Alang-alang kau duduk terperap dalam rumah macam ayam penyek baik tolong mak bapak kau tanam jagung belakang rumah. Tak pun jual nasi lemak pagi-pagi kat pasar. Duit masuk pahala pun dapat .
Ye ini dekat mount titlis ye adik-adik. *gambar last year. tetibe
I nak panjat Header Banner tu nak ambik abg mickey bawak balik rumah!
Bunga ni banyak kegunaan.
Kak Bedah taruk dekat sanggul rambut pakai sekali dengan kebaya.
Pak kasim lalu bocor tayar vespa dia.
Okey nak stop sini je dulu.
Tetibe je ade hamba Allah yang call ajak main acara baling membaling. Bowling letew.
Siap pakej belanja lagi :)
Apa kata orang, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.
Kalau nanti mintak balik duit sumpah aku tolak kau masuk kolam ikan jaws
Buruk siku. Dahlah muka pun buruk. hish`.
Terengganu Equestrian Resort here I come!. Alang-alangkan boleh riding sekali lepas tu. dah rindu dengan encik kudaa .
Being loved by people around is nothing if you lose love from Allah .
No comments:
Post a Comment