Hye eberybodys lady medys
Sudah lama tidak ku mempotpetpotpet dalam blog ni
Kesian puan blog kena pinggirkan.
Sabar ye sayang hahahaha
Eden busy dengan examlah.
Tau apa itu exam.
Kalau tak tahu pun buat-buat tahu sebab memang aku malas nak explain.
Tak kuasa mak!
Disebabkan dah lama tak ngapdep blog kesayangan kecintaan kekasihan gituu entry kali ni aku taip dengan sepenuh hati jiwa limpa jantung serta usus kecil.
Harap dapat dihayati kahkahkah.
Double tak kuasa mak!
Ehem ehem lets rock n roll
Assalamualaikum ... ehem ehem *pastikan baca dalam keadaan selesa dan penuh tertib
Kau kau kau dengarlah ni .
Aku nak ucapkan tahniah kat diri sendiri sebab aku mampu luangkan masa a.k.a bazirkan masa nak update benda ni untuk kau a.k.a makhluk yang still Allah rahsiakan untuk aku. (future husband) muahaha.
Padahal banyak lagi benda lain aku boleh buat contohnya mandikan kucing ke bersih rumah kucing ke kan?
Kenapa aku rajin tulis benda ni?
Aku saja tulis benda ni sebab saja nak suruh kau baca, boleh gitu?
Yang aku tulis ni hanyalah beberapa perkara dari berjuta juta perkara.
Penatlah aku nak taip semua melambung bil elektrik nanti.
Aku pun tak tahulah apa nama kau sekarang ni. Mungkin kau ni nama Aaron Ajiz mahupun Najim Othman haha. Manalah tahu kan
Aku pun tak tahu rupa kau macam mana . Mungkin bentuk empat segi mahupun segi tiga.
Tapi bagi aku, lagi penting akhlak kau dari rupa kau.
Baiknya akhlak kau handsomelah rupa kau.
Yang pasti nanti kau kena ikheeeelas terima aku,
Bila kau dah lafazkan '' Aku Terima Nikahnya '' suatu hari nanti, bermakna sebelum tu kau dah boleh terima aku seadanya.
iklan jap : Kalau pembaca pembaca sekalian rasa boring haha kutip jelah gerombolan gerombolan semut yang lalu kat depan awak tu ye. Kumpul banyak-banyak then makan, rasa macam kuaci kot.
Dah dah sambung balik...
Kita akan jumpa walau kat kutub utara sekali pun bertemankan pola bear kalau dah jodoh.
Walaupun kau tengah sedih sebab pola bear runtuhkan khemah kau.
Aku buat-buat pujuk kau bagi air mineral even maso tu kau tengah puasa *ada ke manusia puasa kat kutub utara?
Jadi pun aku minum lah depan kau sampai habis *buat dosa betul
Dan ada kemungkinan aku kena lempang dengan kau sampai masuk ICU dan bila aku sedar kau lamar aku cenggituh. *kemain bapak jiwang
Tapi tak kiralah mana mana kita bertemu, semua itu Allah dah tetapkan.
Ini penting ni haha.
Nanti kalau kita dah kahwin , setiap pagi aku bangun tidur , aku nak tengok muka kau senyum .
Even kau tengah tidur sekalipun aku akan buat senyuman kau muka kau guna jari.
Jangan tetiba kau tampar aku sudah.
Kalau aku liat nak bangun *memang aku spesis yang susah nak bangun
Aku nak kau kejutkan elok-elok.
Kalau tak aku tampar kau lelaju sebab ingatkan Azuan Ali tengah kacau aku sedang mimpi indah.
Pentingkan senyuman tu .
Aku akan buat kau senyum sampai akhir hayat insyaAllah.
Hah next aku nak kau tahu masak even masak nasik .
Tak adil kalau aku sorang aje yang masak.
Mana nak jaga anak lagi mana nak pergi bergosip dengan jiran sebelah *perlu ke?
Kalau kau tak tahu masak , aku akan paksa kau tengok rancangan memasak 3 jam, pergi kelas memasak 5 jam lepas tu baca buku resepi 2 jam. *kejam tak kejam.
Tapi ada kemungkinan kau boleh menang MasterChef musim ke berapa entah.
Kalau hobi kau suka makan cicak aku pun akan makan sama.
Memang aku ketuklah kepala kau kalau ada hobi cenggitu.
Akan aku tundukkan pandanganku
Hingga tiba saatnya nanti mata ini halal untuk menatap kau
Siapapun kau
Bagaimanapun kau
Aku cuba untuk yakini tiada manusia yang sempurna
Dan aku percaya Allah menjadikan kau pilihan yang terbaik untuk aku
Akan kubingkai dengan indah cinta ini sampai saatnya nanti Allah pertemukan kita dalam masa yang indah.
Ikan apabila keluar dari air akan mati . Cacing apabila keluar dari tanah pun akan mati .
Manusia apabila keluar dari Agama akan mati imannya
Sekian. hahaha
Kejam aje bunyi aku guna ''aku'' untuk entry di atas muahaha.
Okey baiklah saya akan guna ''saya'' untuk entry di bawah ni.
Nampak kesopanan kesantunan gituh.
Saya bersyukur awak tak ada depan mata saya ,
Saya bersyukur awak tak jumpa saya ,
Saya bersyukur awak tak tahu perangai saya ,
Saya bersyukur awak tak tahu apa kegemaran saya ,
Saya bersyukur awak tak tahu alamat rumah saya ,
Saya bersyukur awak tak dengar suara saya ,
Saya bersyukur Allah tak mudahkan urusan kita untuk keluar bersama ,
Saya bersyukur Allah tak membuka pintu hati saya untuk berjumpa awak ,
Saya bersyukur Allah tak murahkan rezeki awak sekarang untuk belanja saya tengok wayang
Saya bersyukur Allah tak lapangkan masa awak untuk berjumpa saya ..
Saya turut bersyukur sebab saya tak pernah kenal awak sekarang ..
dan saya mohon pada Allah , semoga awak dalam keadaan baik-baik sahaja , dunia dan akhirat .
dan saya memohon pada Allah jugak ,
semoga suatu hari nanti , semua perkataan "Tak" itu telah dimansuhkan apabila kita telah Sah diijab kabulkan .
When the time comes. Love me in the name of Allah SWT and guide me by His Quran and together let us build a family that forever will resides in Jannah. Let Allah be the author for our love story