Ketenangan Dari Allah






Ketika aku tidur, Engkau selalu jaga dan melihatku lena,
Ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa yang lama,
Ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu,
Ketika aku sujud, Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru.

Tenangnya bersama Allah,
Engkau penjagaku setiap masa,
Memerhati setiap gerak geriku,
Mengabulkan doa-doa ku,
Dan membuat ku rasa selamat.

Tenangnya bersama Allah,
Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,
Maka aku tidak takut lagi,
Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,
Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,
Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama.

Tuhanku,
Aku rasa tenang bersama-Mu,
Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,
Dalam keadaan yang Engkau redhai,
Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb...

Kadang kala,
Allah hadirkan insan-insan yang baik di sekeliling kita,
Mungkin kerana mereka
Wasilah buat diri kita,
Untuk terus tetap dalam kebaikan..
Duhai mujahidah
ayuh berubah!
usah menyerah!
segera bangkitlah
capai mardotillah
semoga kita semua iqtiqomah berhijrah kearah kebaikan dan menjadikan kit semua sebagai muslimah yang sejati yang dapat menyumbang serba sdikit kepada Islam. InsyaAllah

Aku berpesan bukanlah bermakna aku yang paling baik. Bukan juga bermakna aku yang paling solehah. Malah akulah si hamba yang tinggi melangit dosanya.
Cukuplah ini sebagai peringatan buat diri.
Juga tanda sayang sesama insan.
Dan pertamanya mencari redha Allah.

Moga Allah sayang. Moga Allah redha :')

No comments: