Tasyim as introduction hohoho. Rindu baby tasyim ><
Alhamdulillah wa syukrulillah.
Apa khabar Iman dan Amal?
Biiznillah kita masih mampu berpijak di bumi Allah.
Moga kita sentiasa berada di bawah rahmatNya InsyaAllah
Sudah lama tidak menepek nepek entry ke blog hohoho.
Sangat busy melangkah ke medan ilmu cewahh.
Alhamdulillah, ilmu dapat ditingkatkan dan difahami.
Tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
Why why why why why?!
Wanita akhir zaman kini tewas dengan pujian , ayat manis dan puitis dari jejaka yang tidak bersikap malu
Boy: You cantiklah.
Girl: Thanks handsome
Puihhhhh.
Wahai Lelaki tolong jangan goda kami para wanita dengan kata-kata yang manis bak gula 5kg dan janji yang kosong.
Lelaki kalau nak sangat wanita tu tak payah berpuitis sana sini .
Tapi pergi jumpa wali dia cakap
"pakcik, saya nak kawin dengan anak pakcik. sekian terima kasih"
kan gentleman tu :)
Berani dok?
Yang perempuan tu apakebenda mudah lentok sangat?
Kita yang perempuan ni sebenarnya punca utama ramai lelaki tergoda tau
Sebab?
First ofcoz aurat kita.
Cuba lah ye yang belum tutup aurat try tutup aurat.
Lihat betapa Allah jaga dan sayang anda :)
Tak percaya?
Buatlah. Tak tipu :)
Ini cerita sendiri ni.
Lepas berhijrah, saya dikelilingi wanita yang baik, cantik dan taat perintah Allah
Ya Allah hebatnya penyusunanMu dalam merangkai perjalanan hidupku.
Terima kasih sahabat semua.
Tak kira kalian kawan yang real ke atau kawan di alam maya ini.
Moga kita selalu berada di bawah rahmatNya.
Ukhwah fillah abadan abadaaa.
teruskan istiqomah di jalan sang Pencipta aminnnn :)
Perempuan wake up !! wake up !!
Kenapa saya kata macam ni?
sebab wanita lemah dalam 1 perkara iaitu
PUJIAN.
Wanita ni pantang kena puji sikit mulalah gedik sana , gedik sini , terutama kalau yang memuji ialah lelaki ajnabi .
Lepas tu mulalah
"awak jom couple''
''saya sayang awak''
''awak adalah cinta awal dan akhir saya"
Terus muntah pelangi 7 warna saya mendengarnya
Perempuan kenapa lemah dan mudah lentok selepas mendapat pujian?
Sepatutnya lebih bersyukur dan hadiahkan puji itu pada Allah bukannya bila dipuji tambah mengada-ngada .
Okey kita buat contohlah.
Valentine day hah!
What is it ?
Hari kekasih ?
Hari untuk couple-couple yang HARAM?
sahabat yang saya sayang kerana Allah.
Sebab hari kekasih inilah semakin ramai wanita hilang maruah.
9 bulan kemudian bersalin ,
Then anak awak buang merata-rata like sampah :'(
Sebab hari valentine ni awak kata hari bukti cinta pada kekasih dengan serah maruah awak. gitu?
Mu dengor sini molek!
Mu dengor aku nok kabo ni!
Nak bukti cinta awak dengan kekasih bukan dengan cara gadai maruah bukti cinta monyet awak dengan kekasih awak tu.
Ada faham?
Just only satu bukti yang menunjukkan kekasih kita tu betul-betul sayang kat kita
Apa caranya?
Dengan salam tangan tok kadi dan kata "aku terima nikahnya ...."
Itu barulah lelaki hensem , comel , macho , bukannya pengecut
Sahabat yang saya sayang kerana Allah tolonglah ye
Jaga hubungan dengan Allah insyaAllah Dia jaga kita
Ingatan untuk saya jugak ~_~
Bohonglah kalau saya kata saya tak pernah suka pada seorang lelaki ajnabi
Pernah.
Ramai sahabat saya yang saat ini sedang bercinta dengan pakwe mereka
Update status kat pesbok tuwiter sayang mayang bagai
Rindu bagai, janji sehidup semati dan macam-macam ayat manis
Namun maaf saya tidak akan tergoda dan akan selalu mohon pada Allah agar jauhkan saya dari zina hati mata dan seangkatan dengannya dalam bercinta tanpa ikatan yang sah .
Yes I know ramai yang kata
"kau ni bajet alim lah''
''gedik gila"
Saya tak kisah apa pandangan awak-awak semua .
Saya hanya inginkan pandangan Allah terhadap saya :)
Cintaku yang hakiki ialah Allah , Rasulullah , keluarga, sahabat and InsyaAllah my future zauj lalalala.
Come onlah.
No couple but nikah :)
Jumpa wali kami dululah. ada bran ?
Tak pegang tangan pun takpa. Janji awak dah peluk hati dia dengan doa :)
Jadi kesimpulannya kalau sama-sama jaga aurat, mata dan hati.
insyaAllah segala gejala sosial dapat dibanteras *ayat karangan SPM
Berbalik pada iman awak :)
Maaf saya tegur pasal saya sayang sahabat seislam saya :)
Sama-sama kita gapai redha Allah .
Nak tutup aurat tak semestinya pakai tudung sampai cecah lantai, mahupun kena pakai jubah labuh-labuh tuwentiporhawer (24hours)
Islam itu mudah.
Tak perlu pakai tudung sampai belit-belit semua :)
Cukuplah menutup semua bahagian yang perlu, bahagian-bahagian yang Allah suruh tutup :
Aurat wanita, dari hujung rambut hingga hujung kaki, kecuali muka dan telapak tangan.
Yang penting Lillahitaala.
Sebab apa nak tutup aurat?
Sebab mak ayah suruh?
Atau sebab trend?
Atau sebab nak perhatian?
Atau sebab nak gelaran wanita solehah?
Tepuk dada, tanya iman, tanya diri sendiri.
Jika niat kita betul Alhamdulillah.
Kalau salah?
Lebih baik betulkan dulu, sebab bila terpesong niat, apa yang kita buat jadi tak sempurna.
Jika boleh, tiap kali nak pakai pakaian,
Cakap dengan diri sendiri..
'' Ini semua ini demi menuntut keredhaan Allah''
" Ya Allah aku rasa bersemangat untuk menutup aurat keranaMu kerana dengan menutup aurat aku merasa lebih dilindungi olehMu :)''
'' Apatah lagi setiap kali aku nak menutup aurat . Alhamdulillah banyak orang terdekat membantu''
Indahnya taat perintahMu.
Setiap aurat yang terdedah, itulah bahagian yang akan dijilat api neraka kelak.
Na'uzubillah.
Moga moga kita semua terhindar dari percikan Api Neraka. Amin.
Setiap apa yang Allah perintahkan, demi kebaikan kita.
Begitu juga dengan setiap apa yang Allah larang, demi kebaikan kita juga .
Ya Allah, teguhkan Imanku ini kerana ia akan menjadi kekuatanku ketika bertemu denganMu,
Jadikanlah aku wanita solehah walaupun aku tahu "solehah" itu belum layak untukku.
Moga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita.
Jangan berhenti berdoa kerana Allah suka hambaNya yang suka merintih dan merayu padaNya.
Allah menggantikan sesuatu yang baik itu, pasti dengan sesuatu yang lebih baik.
Mungkin sukar untuk kita lihat sekarang kerana hati kita masih dikaburi oleh baiknya yang Allah beri sekarang sehingga tidak mampu lihat kebaikan yang jauh lebih baik yang bakal kita dapat.
Bidadari dunia bukan ikut 'apa dia rasa'.
Bidadari dunia ikut 'apa Tuhan dia kata'.
boom boom cak
Nak keluar lepak ! Homeworks ada 3 kontena nak kena siapkan T_T
2 comments:
terima kasih kerana saling ingat mengingati...:)
entry yg padat dgn pesanan..sgt menyentuh hati..terima kasih sbb sedarkn diri ni..insyaallah slow2 nk berubah..
Post a Comment