Dakwah For All

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum :)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Masih bernafas di atas muka bumi ini.
Jeng jeng jeng.
Mohon rindukan diri ini wahwahwah
Lama tak mengabdikan diri menaip naip naip dan menaip lagi.
AllahuAllah

Yelah first offffollls myolllss just nak cerita pasal Nadwah.
Nadwah Kepemimpinan Islam Kebangsaan
Tak berminat boleh cari button ''x'' di penjuru sebelah kanan yews!
Alhamdulillah Ya Allah kami dipertemukan lagi dalam nadwah kali ini.
Alhamdulillah Allah masih bagi peluang untuk aku terlibat sama.
Kitaorang dah kena lalui peringkat saringan tapisan sulingan time nadwah negeri dulu.
10 orang dari setiap sekolah je yang lepas. Alhamdulillah.
Kalini berlansung di SMKA Maahad Muar Johor
*pssssttt meh nak bisik meh meh pssttt pssttt mee bandung muar sodap oii
Ya Allah seroonhookk sangat.
One of the activities ialah Rehlah Berfokus
Para pesertass kena melawat tempat yang telah ditetapkan *ayat essay gila
Hospital, Rumah orang tua, Rumah anak yatim, Taman , Pusat industri KD, Pasar Tani.
Okey Alhamdulillah aku dapat Hospital.
Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar
Dapat 3 orang pesakit.
Ward 14 .
Ward bersalin.
Aktiviti ni tau kitaorang kena jumpa orang awam ala-ala pemimpin gituh.
+ berdakwah .
And the best thing ever n ever n ever n ever our group ''Khaulad AlAzwar''
dapat bagi nama dekat salah seorang baby yang baru lahir.
Baby girl uolls.
Saufina means bersih dan suci.
Allah besarnya rahmatMu :)
Dengar cerita diaorang. Ni aku paling tak tahan sebab ni time nangis nangis feeling habis gitu.
Cerita masing-masing cerita sedih.
Ya Allah.
Kita rasa kita susah sangat sangat nak hadapi ujian.
Tapi ketahuilah ramai lagi orang di luar sana yang lagi besar ujian dia.
Be strong. Allah always be there for us :)
And one thing yang aku akan ingat sampai bila-bila.
Sorang doktor tu cakap. Lupa ah nama dia hahahaha sorry .
''Belajarlah. Tuntutlah Ilmu. Teruskan istiqamah di atas jalanNya. Abaikan apa orang nak kata. Teruskan niat murni ni sebarkan Islam. And for sure nanti besar-besar awak jadi doktor boleh? Berkhidmat untuk masyarakat berkhidmat untuk Islam ''
kihkihkihkih 0.O
And one group tu kan. Group lelaki lah.
Diaorang dapat ward patah-patah katanya hahahaha. Just read it.


Pilu je dengor :|

And aku rasa task yang paling susah sikit lah dekat Taman Rekreasi .
Ni paling mencabar .
Kalau dah nama taman tu memang banyak lews couple couple berpeleseran umpama zirafah tak bertuan.
So dakwah yang agak mencabar sebab telinga kena tahan kejian hati kena tahan cacian.
Ada yang boleh terima ada yang tak.
Tapi yang panas hati pun ado.
Kita bagi pamplet pasal '' Menurut aurat dalam Islam''
Hamboi kau dia bukan baca pun siap buat kipas uolls ada tu yang gumpal-gumpal terus buang -,-
Itu namanya ujian.
Allah nak tengok Iman kita kuat ke tak.
Prinsip dakwah yang paling penting, “Kita redah je!” 
Ada segelintir orang memang tak suka bila kita buat benda baik. 
Kalau kita stop sebab mereka, dakwah Islam takkan berkembang. 
Percayalah! 
Moga Allah mudahkan urusan dakwah kita
Rasulullah dulu time berdakwah ujian baginda lagi besar.
Ingatkah kita pada Rasulullah?
Rindukah kita pada Rasulullah ?
Sayangkah kita pada Rasulullah ?
Cintakah kita pada Rasulullah ?
Tahukah kamu, bahawa Rasulullah sangat mencintai kita ?
Di saat malaikat maut ingin mencabut nyawa, baginda tidak tenang untuk bertemu Illahi sehingga Malaikat Jibril memberitahu bahawa Allah SWT memberi jaminan bahawa umat baginda merupakan umat pertama memasuki syurga. 
Subhanallah.
Begitu dalamnya cinta Baginda kepada kita. 
Kenapa kita sering melupakan baginda ? Tunggu Maulidur Rasul dulu ke baru nak ingat ? 
MasyaAllah.
It only take 5 seconds untuk selawat keatas baginda 

"Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad " :D
Di akhirat nanti, Rasulullah akan sibuk memerhatikan urusan umatnya.
Baginda berpesan,
      "temuilah aku di titian sirath, kalau tiada disitu, maka aku menunggu kalian di neraca Mizan, kalau tidak juga di Mizan, carilah aku di telaga Haudh. Aku akan berada di salah satu antara tempat berikut''
Allah Allah Allah
Rasulullah sanggup menunggu kita walaupun baginda boleh masuk direct ke Syurga.


Di sini kita bernadwah

Satu perjuangan yang indah
Bersatu teguhkan agama
Keangungan tegakkan semula
Akhlak mulia jadi sandaran 
Penguat jiwa meneguhkan Iman
Kitalah pewaris Ummah
Yang cemerlang gemilang terbilang
Ayuh sahabat mari bersama 
Redha Ilahi memayungi kita
Demi kehidupan yang gemilang
Beramanah berdedikasi
Bersemangat pemimpin Rabbani
Penuh ikhlas penuh taat
Hidup mulia dan selamat

I love the song.

Best whoo




Tepuklah dada.
Jangan ditanya pada selera
Tanyalah Iman yang ada dalam diri.
Jom sahabat!
Sama-sama baiki diri.
Hijrah ke jalan yang satu
Jalan yang diredhai.
Ayuh sahabat!
Ayuh berubah! Usah menyerah! Bangkitlah! Gapai Mardotillah!
Teruskan istiqomah kearah kebaikan dan jadilah ummat yang dapat menyumbang serba sedikit untuk Islam.
Moga Allah sayang moga Allah redha insyaAllah!
Saat kau bersedih mengadulah kepada Allah.
   "Wahai diri kau kena kuat, sabar..Allah ada."
    ''Kenapalah kau mudah putus asa, sedangkan rahmat Allah tu luas."

InsyaAllah kita akan menjadi lebih tabah dan bahagia.
Menangis di dunia, insyaAllah tersenyum dan berbahagia di akhirat sana.

Allah tahu kemampuan kita.
Allah tahu bila masa kita lemah.
Allah tahu bila masa kita rasa rapuh.
Allah tahu. Allah tahu.
Allah tahu apa yang orang lain tak tahu. 
Allah tahu diri kita yang sedang mencuba. 
biarlah orang nak menilai kita dengan kesalahan yang kita buat sesaat yang lalu. 
Allah tahu kita dah cuba bertaubat dan berubah. :)

Ya Allah aku ini hambaMu yang lemah dan hina,
Aku memohon petunjuk dan hidayah dariMu,
aku memohon hanya dariMu segala yang baik, dan apa yang Engkau berikan padaku, itulah yang terbaik buatku,
Dan jika aku mendapat yang bukan aku inginkan,
aku redha kerana aku tahu Engkau punya rancangan yang lebih baik untukku