Cantik Di Sisi Allah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum :)
Allahumma solli a'la muhammadin wa'ala ali muhammadin wasallim

Hello eberibodi.
Alhamdulillah syukur ya Allah masih dikurniakan kesihatan.
Dan masih dikukuhkan dengan nikmat yang paling besar.
Nikmat Islam dan Iman.
Kaifahalukum?
Aku agak sibuk semenjak dua tiga menjak bermenjak menjak ni.
Cewahh sibuk tu umpama mempunyai 3 buah syarikat besar yang perlu diuruskan.
Idok lah.
Sibuk dengan exam, Nadwah Kepimpinan Islam, Chain Story Telling piala diraja, MTQ, Taekwondo Gradding and blablabla
Tahun ni semua aktiviti aku rembat yeah yeah.
For NKI its superb babe!
Seriously aku cakap memang best walaupun mula-mula nak pergi muka dah macam cempelai tanah .
We had an enjoyable moment.
The explores, main ulat, berendam dalam sungai semua, siap sesat dalam hutan belukar mana entah sebab cari rumah JKK punya pasal. wow amazing.
And for my team group 5 Sofhatul Solihin Im missing uolls.
Never met uols before this and Allah pertemukan kita dengan nadwah ni. Alhamdulillah.
Syafiqah Shafiqah Athirah Aisyah Husna Hafiz Amjad Syawal Iman Adnan .
Okey done hahaha. 
We will meet again insyaAllah. Ukhwah Fillah

Update blog dengan cemas cepus kempas kempus.
Enggak berapa sihat dong.
Biasalah cuaca sekarang *ayat drama gila
Sesungguhnya sakit itu ujian dari Allah. Dan kita kena bersyukur Allah datangkan ujian sebab Dia masih peduli dan sayangkan kita.
Sakit itu nikmat bagi orang yang beriman sebab dapat menghapus dosa-dosa lampau insyaAllah .
Okey fineeeee *tangan ke bahu. 
Lets we start our entry 

*introduction kemain panjang

Sayang apa khabar denganmu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap imanmu takkan berubah
Kerana di sana ada syurga untukmu
Sayang apa khabar denganmu
Cubalah kau jaga imanmu
Kurayu kau keluar rumahmu
Tutuplah aurat untuk jaga dirimu
Sayang dengarlah permintaanku
Jangan ragu kan Tuhanmu
Sayang percayalah kataku
Tuhanmu hanya satu
Sayang dengarlah permintaanku
Jagalah iman dan takwamu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
Itu pesan Tuhanmu

Yes thats.
Aku bukan nak menghukum seseorang dari luaran. 
Tapi aku manusia, kau pon manusia, aku tau naluri seorang manusia.
Kita ni lemah. 
Tapi dengan iman yang mantap insyaAllah kita akan kuat.
Tapi kena mantapkan iman dulu.
Cara nak mantapkan iman?
Dekatkan diri dengan Allah.
Cara nak dekatkan diri dengan Allah?
Dekatilah Islam.
Sebab dengan Islam kita ada Allah. 
Dengan Allah kita ada segalanya.
Cara nak dekati Islam?
Buat apa yang disyariatkan. Tinggalkan laranganNya.
Dan salah satunya ialah menutup aurat.
Bila cerita bab aurat automatiknya semua ditujukan untuk perempuan
NO! NO! NO!
Lelaki pun ada aurat yang perlu dijaga.


Aurat kita wajib ditutup dilindungi 
Sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya secantiknya siap beli sampul warna warni harga tak kisah asalkan cantik
Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tidok bersampul bertutup?
Kulit buku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit buku yang tidak bersampul.
Langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap.
Kain yang indah yang mengalas meja dan perabot.
Benar betul yes true na'am yang tertutup itu indah! 

Sangat indah!
Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan membariskan perbatasan aurat agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. 

Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang tidak selayaknya.


Di manakah cantiknya seorang wanita ??
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. 

Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.


Pakai makeup tebal-tebal.

Idok berguna sebab suatu hari semua tu akan lesap dimamah usia.
*ehem muka awok bukan buku mewarna. janganlah makeup tebal-tebal
Tapi ada satu sahaja yang tidak akan dimamah usia isitu sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah
Cantiknya kamu yang menutup aurat dengan baju dan tudung yang labuh, kerana kamu dihias oleh syariat Allah.

Insyaallah kamu berhijab kerana Allah :)
Tak cantik takpa yang penting aurat terjaga.
Tak bergaya takpa, yang penting hati terpelihara.
Tak menarik takpa, yang utama hubungan dengan Allah mekar sentiasa.
Bila kita mati pun bukan di pertemukan dengan perunding fesyen tapi maha pencipta kita Allah SWT.

Tapi dalam kita usaha untuk berhijrah mungkin ada ujian cabaran halangan yang mendatang. 
Don't worry Allah always be there for us.
Allah tak pernah tinggalkan kita.
Tell yourself
     "Allah uji aku sebab Allah sayang aku.'' 
     ''Dengan kasih sayang Allah jualah aku mampu menghadapi ujian ini!" 


Jauh di sudut hatiku,
Mahu saja aku menangis sekuat hati.
Aku sedang bertarung dengan diriku sendiri,
Tak mudah tak senang untuk berhijrah
Allah sahaja tahu apa yang terbuku di hati
Aku masih berada di dalam lautan kekurangan
Kadangkala aku tergelincir.

Tapi aku yakin Allah itu ada
Dan Dia akan bersama dengan hambaNya yang mendekati diri dengannya.
Move on. Forget the past. Let it be a history.

Hati sedih, hancur,remuk,kecewa
Serahlah hatimu 100% kepada Allah
Mohon pada Allah supaya bahagiakan dirimu semula
Bermunajatlah pada Allah
Menangislah semahumu
Jatuh tersungkur?

Bangkitlah semula kerana Allah
Allah ada sebagai tempat pergantunganmu.
Makhluk tak dapat bantu apa-apa ,hanya Allah dapat bantumu dari kecil hingga akhir hayat.
Bersabarlah duhai hati.


Tegurlah perempuan dengan bijaksana
Hiasi teguran itu dengan kelembutan.
Rasulullah yang anjurkan begitu.
'' Wanita itu ibarat tulang yang bengkok, jika kamu berkeras, maka ia akan patah. Kalau kamu biarkan, maka ia akan terus bengkok ''
Hiasilah teguran dan cerminkanlah hikmah dalam teguranmu itu. 

Kadang-kadang perempuan ni hati dia lembut, cepat rapuh.
Perempuan yang garang luarannya sebenarya lembut hatinya. 
Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. 
Janganlah dicaci maki perempuan yang garang itu, cuma berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu.

Wahai perempuan,
Pagari hatimu dengan Iman,
Agar saat terjatuh kau masih punya kekuatan,
Untuk bangun dan terus mencari bekalan,
Menggapai Syurga yang telah dijanjikan.


"Siapa yang dikehendaki Allah yang mendapat hidayah, nescaya Dia membukakan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. Siapa yang dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman." Surah al-An'am, ayat 125