Kembali ke persada penulisan ewah.
Sudah lama mengaibkan diri.
Sila rindu-rindukan diri ini :p
Malas berwarkah madah introduction ni.
Seteret tu de poing lah senang.
"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Perghh kalau aku jumpa orang macam ni rasa nak bagi gula-gula smarties je sebijik.
Terbaik lah.
Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak malah terlebih bijak.
Itulah pilihan iman sebenarnya.
Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur.
'' Udoh-udoh le tu bercouple yop oi. Idok ke kome tahu bercouple itu harommm''
Sangat awesome orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
Carilah cinta manusia.
Namun jangan sesekali cintamu kepada manusia melebihi cintamu kepada Allah dan Rasul.
Bercintalah.
Buatlah keputusan untuk tidak bercouple.
InsyaAllah akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan. Membuang masa bersama dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Ehem ehem membuang masa di sini bermaksud berdating-datingan. Lagi sedak duduk dumoh tengok cite spongebob. Op op op?
Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah saling menyayangi namanya.
Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke neraka?
Takdop manusia yang nak masuk neraka kan?
Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.
Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita.
Kita bercouple bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja
''Ohh abe ku sayang yang kucintai sepenuh hati jiwa raga''
''Ohh baby ku cintai yang dirindui setiap masa''
''Ohh buah hatiku, bunga pancreasku, daun limpaku''
Waktu pagi pulok bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah
Semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita,
Keindahan yang selalu kita nikmati sebelum pernikahan semakin suram.
Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu.
'' Wek wek wek bosang tengok muke mung twentipor awers (24 hours) ''
SerahkanLah hati kita kepada Allah.
Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT.
Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah.
Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu.
Malah cinta itu pasti kekal insyaAllah.
Ya Allah
Izinkan aku jatuh cinta pada orang yang tepat, di waktu yang tepat.
Kerana hatiku cuma satu, hanya kepada dia yang halal buatku.
Cinta itu mahal kerana hati cuma satu.
Hanya layak untuk mereka yang halal.
Mereka yang tepat.
Mereka yang Allah kirimkan untuk kita.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu
rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"
(Surah Ar-Rum ayat 21)
Yang masih dapat menutup aurat sepenuhnya,
Yang masih dapat menjaga pergaulannya,
Yang masih menghormati ibu bapanya,
Yang masih dapat mengawal nafsunya,
Yang masih melakukan suruhan-Nya,
Yang masih meninggalkan larangan-Nya,
Ya Allah, rahmatilah mereka,
Ya Allah, kuatkanlah iman mereka,
Sesungguhnya mereka telah berjuang habis-habisan melawan musuhMu iaitu syaitan yang direjam,
Kuatkanlah hati hambaMu yang masih berjuang untuk menegak agama yang satu,
Lapangkanlah dada kami menghadapi segala cabaran dan dugaanMu,
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus supaya kamu tidak terpesong dari aqidahMu,
Hanya kepadaMu kami berserah dan meminta pertolongan wahai Tuhan yang Esa, Ya Allah.
Mohon cari button X sekarang wakaka :P