Alhmdulillah diberi peluang untuk terus bernafas di atas muka bumi ini.
Alhamdulillah masih dikukuhkan dengan Addin Islam dan Iman
Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan dan rezeki .
Awan dengan rakusnya memuntahkan hujan.
Hujan rahmat. Alhamdulillah :)
Ucaplah syukur atas nikmat yang dikurniakan.
Semua yang kita ada hari ini hanya pinjaman semata-mata.
Jangan riak jangan sombong.
Semuanya milik Allah maha Agung.
Hidup Umpama Roda.
Ya memang kehidupan kita umpama roda.
Kehidupan kita akan sentiasa berputar.
Masa yang kita lalui akan semakin jauh meninggalkan kita.
Begitu juga kehidupan kita semakin hampir ke penghujung usia kita.
Oleh itu, pandulah roda kehidupan itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Kehidupan di alam dunia ini adalah perjalanan menuju kematian
Maka kita ni sebagai hamba Allah mesti mempersiapkan bekal untuk menghadapi kehidupan setelah kematian.
Dan sebaik-baik bekal adalah ketakwaan.
"Aku masih muda. Usia remaja perlu dipenuhi dengan keseronokkan."
"Puaskan dulu dengan hiburan dan pergaulan. Bila dah puas, aku berubahlah."
Adakah kita yakin lepas ini, esok dan lusa kita masih hidup?
Adakah kita tahu bila kita akan mati?
Bukankah kematian itu paling hampir dengan diri kita dan semua makhluk yang bernyawa di muka bumi ini?
"Bagaimana jika aku mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat dari segala dosa-dosa aku yang lampau?"
Mohom ampun hanya kepada Allah.
Hijrah semata-mata kerana Allah
Allahurabbi
Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberi ruang kepada hamba-Mu yang sangat hina ini untuk menikmati perasaan ini.
Saat inilah baru aku tersedar bahawa diriku ini sangat mencintai dan merindui-Mu.
Saat ini baru ku rasakan betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepada-Mu.
Baru kini ku merasakan hebatnya kuasa cinta ini, Ya Allah.
Aku pohon kepada-Mu ya Allah,
Kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melakukan hijrah ini.
Aku ingin berhijrah ya Allah, hijrah kerana-Mu.
Bukanlah hijrah kerana manusia, bukan juga hijrah untuk mendapatkan dunia tapi hijrah yang sebenar-benarnya.
Aku ingin berhijrah untuk mendapatkan cinta dan redha-Mu.
Sambutlah cinta dan rinduku ini ya Allah.
Akan ku tatang hidayah-Mu ini dengan ilmu.
Ilmu yang akan aku manfaatkan untuk memperbaiki hati dan diriku, yang dapat memberi cahaya kepada jiwa dan hidupku.
Semoga kita digolongkan dalam golongan manusia yang dipilih Allah untuk menerima hidayah-Nya. Betapa bertuahnya kita seandainya dipilih.
Membuktikan betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah.
Lihatlah betapa kerdilnya kita di muka bumi ini, tetapi sayangnya dalam kalangan kita masih ada manusia yang sombong.
Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri.
Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita.
Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia.
Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras.
Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.
Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat.
Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita.
Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang.
Marilah kita berhijrah bersama-sama!
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya"
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
No comments:
Post a Comment