Smile

Everyday is a new chapter. Mulakan dengan Bismillah dan Assalamualaikum :)

Haiyooo manusia di bumi sekalian. *macam aku duduk kat pluto je
Sihat? Alhamdulillah.
Sakit? Alhamdulillah jugak sebab Allah ciptakan sakit kerana sesungguhnya kesakitan itu adalah nikmat bagi orang yang beriman.
Sakit itu salah satu cara untuk menghapus dosa kita yang lampau :)
Hohoho aku update lagi blog demi memeriahkan suasana

     KAU TAK UPDATE PUN TAKPA SUASANA TETAP MERIAH.

Tak kira nak update jugak. -.-

Cuti ni aku tak tahu nak buatpekebende!
Bosan. 
Aku rasa nak lari ke gunung Sahara.
Agak-agak boleh hilangkan bosan ke lari ke gunung tu 0.o
Training memang tak pegi apatah lagi nak pegi gym.
Makan tidur makan tidur, bagi kucing makan.
InsyaAllah berat badan naik ye wahaha T,T


Iklan:
Aku sekarang sedang menelaah pelajaran melepak di Mayang Village 
Muahahaha update blog tempat public sambil layan lagu Beautiful Soul yang dikumandangkan.
Macam tahu-tahu je aku memerlukan mood suam-suam kukus nak update blog.
Line laju hahaha. Ni syiok ni haha. 
  '' Bang milo ais satu! ''
Pakcik sebelah tengok pelik dan bermonolog
  '' Ohh rajin budak ni buat kerja. Menaip tak pandang kiri kanan''
Ohh kalaulah dia tahu aku buat apa.
Pakcik, balik nanti google tau!
*panjang betul iklan

Okey entry ni aku just nak taip pasal wishlist aku. *takde kaitan lansung dengan tajuk -.-
Why why why?
Eh lantak aku lah dah nama pun blog aku.
Kalau tak suka boleh tekan button X penjuru atas sebelah kanan tu wahaha
Okey kita mulakan pelajaran kita hari ini dengan wishlist yang pertama.

Al-Quran kecik + Tafsiran.
Kenapa ?
Al-Quran kan pemandu arah hidup kita.
Al-Quran itu petunjuk dan penawar.
Yeah ekceli bukannya takde kat rumah tapi aku nak yang kecik tuik muit cuit .
Senang nak bawak jalan-jalan makan angin. 0.o
Lagipun takde lah bukak sekolah nanti pagi-pagi aku bermaraton masuk kelas ambik tafsir wahaha.
Dahlah kelas dengan tapak perhimpunan tu jauh T.T

An Apple A Day Keep Doctor Away
A Page Of Al-Quran A Day Keep The Syaitan Away

Novel + buku islamik
Kan ke best postman hantar kat rumah satu bungkusan.
Kita bukak and then ada something *tak kisah lah pape pun* kat dalam siap dengan note
   '' Uhhibuki Fillah '' 
OMG OMG. Hahaha
Oh cerita pasal note. hehehe
Sumpah aku tak cerita kat sesiapa pun cerita ni muehehe even besties aku sendiri
(Matilah kalau kartika, wani , sue baca ni hahaha)
Meh sini nak cerita meh!
Aku dapat satu note time birthday hari tu. 
Note tu ade dalam meja aku kat sekolah. 
Ekceli aku tertengok note tu lepas seminggu birthday aku.
Yelahkan birthday aku 3 OKTOBER *wajib highlight
Dah nak PMR so memang aku tak masuk kelas. *full duduk dekat dewan
Aku jumpa note tu time nak packing buku-buku dalam kotak nak bawak balik.
Jumpalah bawah meja. Muehehe. 
Tak tahu makhluk mana . Dahlah tak letak nama -.-
Just tulis 

Happy birthday Fatin Aina. May Allah bless you here and hereafter.
From: Hamba Allah- Your Senior

Dear awak. Atleast tolonglah letak nama so boleh saya mention nama awak dalam doa saya -.-

Ni antara buku yang teringin sangat aku nak baca

Denyut Kasih Medik- Dr Farhan Hadi
Aku Terima Nikahnya- Hasrizal Abdul Jamil
Di Atas Sajadah Cinta- Habiburrahnan El Shirazy
Tautan Kasih- Fatima Syarha
Cinta Al-Huda- Wazrul Shah
Bukan Cinta Percuma- Ria Natsumi
Bumi Cinta- Habiburrahman El Shirazy
Zikir-Zikir Cinta- Anam Khairul Anam
Keimanan Cinta- Munie Asra
Soulmate- Zeeshan Heikal
Murabbi Cinta- Hasrizal Abdul Jamil
Bercinta Sampai ke Syurga- Hasrizal Abdul Jamil
Pedoman Musafir- Ibnu Al-Madani
Diari Musafir Jangan Berhenti Berlari- Dr. Zaharuddin
Ku Jaga Hatiku Dengan Menikahimu- Jon Hariyadi
Islam Untuk Semua- Faisal Abdul Rahman
Travelop Wartawan Islam- Roslan Hamid



Tu jelah kut for this time. Banyak lagi sebenarnya. Tapi aku malas nak taip -.-
Btw, Aku just nak wish congratulation to my dearest friend
Mohd Ammar Hafiz Syukran Mohd Tarmizi Hanafi yang dah engaged :)
Baru 17tahun and next year 18tahun dah jadi suami orang. 
Hahaha padan muka kau dah tak boleh nak usha awek kat twitter muahahaha!
Woih aku jeles dengan kau. Aku jeles sebab kau dapat nikmat kahwin muda.
Semua family planning dan Allah permudahkan segalanya :)
Barakallahu lakuma wa baraka alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir
*mood pegang mic sambil feeling artis


Okey bercerita pasal kahwin muda. *amboi
Haha pastikan anda duduk dengan tenang dan selesa bagi membaca entry seterusnya ini wakaka.
Kahwin Muda
Aku rasa topik ni cukup releven tambah-tambah dengan musim cuti sekarang ni muahaha.
Kenduri situ sana sini sampaikan berat aku naik sebab makan banyak sangat -.-
Yeah satu topik yang agak klise bagi semua.
Yelah zaman nenek moyang dahulu benda ni dah jadi perkara biasa.
But now zaman globalisasi berokband (broadband) bagai ada ke yang berani ''kahwin muda'' o.0

Salah satu kebaikan ''kahwin muda'' ni kan. Jeng jeng jeng!

#Tuntutan Agama
Agama Islam menyarankan untuk berkahwin dengan segera andai susah cukup syarat zahir dan batin. 
Berkahwin jugak termasuk dalam amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan manusia atas muka bumi ni atau lebih spesifik lagi umat nabi Muhammad SAW.
Saham akhirat jugak akan terjamin apabila ada anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita apabila berada di alam kubur nanti. 
Jika agama menggalakkan, mengapa mesti melengah-lengahkan?
And paling penting. Dapat kumpul pahala dengan banyak hahaha. 
Saat akad nikah- Pahala!
Suami peluk isteri- Pahala!
Cium isteri- Pahala!
Renung isteri- Pahala!
Suami pegang isteri- Pahala!
Suami imamkan isteri- Pahala berlipat kali ganda darab tambah kuasa dua!
And sooo onnnn *kejadahnya aku nak taip semua. Pandai-pandai uollslah

#Mengelakkan Maksiat
Ni penting.
Remaja sekarang dah banyak hanyut dengan budaya barat.
Tolonglah faham. 
Maksiat ni bukan hanya berzina tapi semua perkara yang dilarang Allah.*take note
SMS bersayang sayang siyung. OnThePhone tengah-tengah malam
*lebih-lebih lagi sekarang ni Maxis ada panggilan percuma tengahmalam* kehkehkehkeh
Couple yang upload gambar kat facebook letak caption.

  '' Kami tak sesweet Siti Khadijah & Nabi Muhammad, Adam & Hawa , Romeo & Juliet. Hope our relationship till Jannah  ''

Tok hang ajar!
Takde maknanya nak till Jannah sangat. Till Neraka Jahanam!
Aku baca pun rasa nak baling lappy . eh

Kalau dah kahwin tu semuanya halal.
*Yelah siapa nak marah nak berkepit dengan suami/isteri sendiri pun. Suka hati kami lah. lalalalala

Tiada Cinta paling selamat melainkan selepas Ijab dan Qabul dan tiada Cinta paling abadi melainkan Cinta Agung hanya kepada-Nya.

#Belajar Finance
Woih ni bukan maksudnya bila dah kahwin , belajar kena ambik course Finance or Banking
Maksudnya di sini ialah belajar cara simpan duit, berjimat-cermat. 
Takdelah kalau pegi Parkson nak beli Furby yang takde faedah tu. Dahlah mahal. 
*akulah tu. Tapi minatang tu comel weh*

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui”

Hahaha uolls dah pernah tengok gambar ni kan? *Pepandailah kau google.
Dah lama dah aku lukis ni 12/3/2012
Hope oneday Allah temukan aku dengan '' Adamku'' itu. :) InsyaAllah. Hehehe *ada makna




Before aku endingkan entry kali. Aku nak ucapkan tahniah kepada TeamFighterTaekwondo Terengganu.!


oii abang Aaaron Cook. Kita genglah!. WTFForever!

Muehehe aku jumpa pic aku time godek-godek laman web sekolah.
Dahlah annoying -.-
Aku tak faham kenapa aku senyum sedangkan orang lain sedang berduka wakaka.


When you stop searching for a prince and make Allah the king of your heart, He will complete your fairytale! 


p/s: Draft Entry!

1 comment:

Miss Nieyna said...

dari gaya penulisan nampak sangat awak ni happy go lucky orangnya . heeee .
btw , hope u manage all the book that have been listed out to ea . . ^_6