Salam Ramadan

Assalamualaikum

First time editing yang lighttown ni . :D

hye nenek dan datuk sekalian. Salam ramadan karim semua. Tadah tangah cepat ucap Alhamdulillah tanda syukur kepada Allah sebab masih dipanjangkan umur untuk bersua dengan bulan ramadan yang penuh mulia. Masih tidak terlambat untuk buat entry pasal ramadan. Den sibuk yop ! Trial dah dekat. *Eh baru sedar diri*.

#BERBUKA
Hah adik-adik yang baru belajar puasa tu haha okey kan? Best kan puasa? Ohsem gila time berbuka. Semua nak full atas meja tu. Kuih sahaja dah 8 jenis. Tak masuk lauk-pauk lagi. Air tu takyah cerita 5 gelas wajib.Kalau pergi baazar tu haih makcik semua benda kau nak beli kan. Nasib baik dengan peniaga tu kau tak beli sekali.Bazaar oh bestnya. Mungkin lagi best bagi orang tu. alaaa orang tu yang semata-mata nak pergi bazaar tengok kakak jual popia pakai baju kurung+bertudung. Hai awak nak beli popia ke nak beli penjual popia?Dua-dua pun. Apa kata orang india. 2 in 1. hah macam tu lah.

#SAHUR
Hahaha yang ni takyah cakap la. Aku sendiri pun liat nak bangun. Kena siram air mawar dulu kut baru bangun. Maklumlah zaman aku sekarang ni kelas dah start pukul 6.45am so waktu tu amat berharga tahu.Terima Kasih kepada anda anda anda dan juga anda yang baik hati kejutkan aku bangun bersahur tu kan.Memang tahap phone tu nak campak dalam jamban.*eh*.Sahur kau turun minum air then sambung tidur balik. Arhh rasa macam baru 5 minit tidur lepas tu kena bersiap.Hah adik-adik sila bersahur okey. Bersahurlah walaupun mata kau tak boleh nak buka. Kalau kau makan pinggan sekali pun nasiblah. Janji bersahur.

#MERCUN
Memang tak sah kalau kampung halaman kau sunyi sepi je. Pompampompam. Kebabom sana kebabom sini. Mungkin ada jugak yang kurang siuman siang-siang hari pun dah letupkan mercun. Tahniah anda mungkin orang kaya.Time orang sembahyang terawih tu jugak dia main. Kesian Tok Imam tak kusyuk dia solat tahu. Hahaha. Ada jugak makhluk yang dah rasa diri kebal tu main meriam bulu atau meriam kelapa ke meriam durian ke. Hah maklumlah musim durian tak habis lagi kan.


Haha itu je kot *dengan gaya mengada* bye-bye. Entry pendek je. Nak pergi membaca pulak *Konon*. Trial dah dekat lah.Hah aku ulang sekali lagi TRIAL DAH DEKAT. Oh sukanya sukanya!.Cepattttt tadah tangan tinggi-tinggi doakan untuk aku. Aminnn. Haha kalau aku update memang takde benda lain nak cerita kan. Okey for next entry insyaallah nak update pasal baju raya. Yeah aku nak share dengan korang BlogShop yang awesome untuk kau shopping raya. Takyah lah kan nak tawaf satu shopping complex tu.Terjamin segar dari ladang. Okey pertingkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini. Jangan ponteng puasa okey. Bye.


Ayna Umairah
Muslimah beautiful in their own way





No comments: