Assalamualaikum.
Hye guys. Eh kenapa buat muka macam tapir tu?Tak pernah landing blog aku ke? Atau kau baru kena hempap dengan almari baju?Blog yang perasan gah ni dah lama terkebur dan akhirnya hidup kembali.Aku tahu itu.Janganlah kutuk.Haiiiiii lamanya tak jumpa cik Jahh.Rindulah.
Sila senyum bila landing blog aku. Dengan harapan orang yang baca entry ni sangat gembira. Kalau tak senyum , aku akan buat kau senyum jugak kat muka kau tu guna jari. Hahaha. Mungkin perbuatan yang sangat kejam tapi pedulikah aku.
Kenapa tak update blog lama sangat? Kalau update pun sebulan 2 kali?Kenapa? Ntah aku pun tak ada jawapan.Kau sila fikir sendiri sebab kau pun ada otak.Kenapa time nak update blog ramai yang hantar chat? Eh jap nak off. *bajet hot*. Silakan kutuk.
Haii lagi.Kali ni aku nak cerita pasal my weekends. Awesome sangat. Kenapa? SEBAB ada extra class lah, ada kem lah, ada seminar teknik
Minggu ni jugak dah start Sukma dekat pahang. Kuda okey. Tuan Era *nama glamour* ada ajak pergi sana. Kau ingat terengganu dengan pahang dekat eh? Lebih dari 2 marhalah lah.Kalau aku makan 2 kotak choki-choki pun masa otw tu pun belum tentu cukup. Takpa aku tengok kau main dalam tv je. Tu pun kau patut syukur haha. Okey lepas Era dah habis sukma dia. Turn aku lah pulak. Next week kejohanan taekwondo. Siapa sangka aku belum hantar borang lagi. Unmood gituh. Kenapa? Sebab memang aku takda mood nak masuk kejohanan. Sebab sebab sebab kejohanan tu 3 hari.Exam dah dekat.
Haii untuk kali ke-3 *mungkin* . Kenapa aku ada masa nak update blog hari ni? Sebab aku tolak semua homeworks aku letak tepi. Time ni aku nak fokus . Fokus mengadap muka buku. Silalah jeles.Aku baru balik gym. Amat penat. Air 100+ 2 botol pun tak cukup.Practise make perfect kata orang.Hah betullah tu. Masuk gelanggang pun kau dah down awal-awal. Acane tu?.
Motif aku update blog kali ni? Takde motif. Jejari aku rasa ringan nak menaip. Menaip sambil makan karipap. Sangat awesome. Aku tahu itu. Sila jangan marah sebab dah lama aku tak buat entry bergambar. Maaf yaa dah lama aku simpan Encik Opy (kamera) dalam beg dia. Dah bersawang pun. Oh jangan tanya kenapa nama dia Opy. Kalau aku semua benda nak letak nama. Baik baik demi memenuhi hajat di hati aku akan update entry bergambar lagi. Lama tak keluar shoot. Ohh aku rindu moment posing depan kamera. Bajet artis hollywood.
Ada beberapa minggu lagi nak masuk bulan Ramadan yang mulia. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dapat merasa lagi bulan mulia ni. Insyaallah. Haihhh puasa puasa aku tak sabar nak pergi bazar cari giant murtabak tu. Hampir setahun aku mengidam nak makan benda alah tu. Hmmm nak beli air jambu batu+ asam . Hahh telan air liur aku nampaknya ni. Bila ramadan dah nak dekat mulalah terfikir akan baju raya + kasut raya + eksesori raya + duit raya. Yuhoo shopping. Perempuan mana yang tak minat shopping. Tapi kadang-kadang masa yang menjadi penghalang untuk melepas gian shopping itu. Kan kan kan. Ni bila lah lagi 3 biji shopping complex kat terengganu ni nak siap. Hah boring dah kut melepak dekat Mayang Village tu.
Seperti yang dijanjikan. Ni hah ada sedikit gambar yang sempat aku snap. Kat mana? Kalau aku cakap moscow kau percaya tak? Hah baik aku tak cakap kat mana.
Hah tu jelah yang aku mampu untuk sekarang. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Baik baik aku nak mengundur diri. Malam menggantikan siang sang rembulan menggantikan mentari * sedikit ayat dari cerpen Budimu Irama Syahdu* :). Doakan agar cerpen saya tu dapat menarik minat pembaca and akan diterbitkan tak lama lagi Insyaallah. Ewah. Haha before aku blah kan nah aku dah siapkan design baju ni. Hihihihi sekian lama akhirnya. But ini gambar untuk pre-edit dulu yang fully-edit in colour aku upload lain kali.Okey assalamualaikum.
Ayna Umairah
Single person with single heart
No comments:
Post a Comment