Weekends

Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum :)

Muehehe kembali menconteng blog.
Alhamdulillah hidup semakin tenang.
Hikmah dari Allah.
Dia yang memberi ujian dia juga yang memberi jalan penyelesaian
Bersyukur jika Allah datangkan ujian.
Itu bermakna Allah peduli dan Allah sayang pada kita.
Hadapi dengan tenang dan sabar :)

Musim budak PMR jadi famous.
Kemana saja akan ditanya.
Wartawan tak betauliah akan mengajukan soalan.
  '' Dapat berapa A?''
Hahaha famous betul.
Tak kisah lah macam mana result kita.
Janji kita dah berusaha sebaik mungkin.
Mungkin ada hikmah insyaAllah.
Ingat!
Kita belajar bukan sebab nak jawab peperiksaan semata-mata.
Kita belajar kerana Allah.
   Lillahitaala!
apa? sekali lagi sebut kuat-kuat
   Lillahitaala!!!!
Okey pandai. Menuntut ilmu itu wajib.
Apa-apa perkara yang kita buat kerana Allah insyaAllah akan diberkati.

alhamdulillah :D

the budok-budok. ehh 

#yana #wani #aina 
gambor ni memang blur. Tak faham betul aku

Olrite.
Apa perancangan lepas PMR?
dok tahu dok tahu!.
Mungkin cari jodoh . ehh nonsense. hahaha
Apa salahnya kan. Yedok yedok?
Tapi kan kan kan kan orang perempuan ni kan alergik betul bila jumpa lelaki handsome. Macam kena ulat bulu. *gatal
Suka sangat tengok kekacakan fizikal.
Jumpa lelaki handsome mulalah ''Oppa.. Saranghae'' blablabla
Yedok?
Ramai perempuan tak sonang duduk sebab prince charming dia belum sampai.
Bukankah jodoh itu telah ditetapkan Allah. Why we need to worry?
Nanti tiba waktu masa jadualnya tibalah prince charming awak tu.
Mungkin prince charming awak tu datang naik keldai kot sebab tu lambat. ehhhh
Percayalah suatu hari dia akan sampai.
Dia akan datang ketuk pintu hati awak

Prince Charming: Assalamualaikum
Perempuan: Waalaikumsalam. Kenapa lambat sampai?
Prince Charming: Saya datang naik keldai. Kuda sakit perut keracunan makanan.

Berilah hatimu kepada Allah, Allah akan memberikan hati seseorang kepadamu.
Awak akan lebih bahagia kerana memiliki cinta Allah dan cinta manusia.

Cuti sekolah bosan betul.
Teringin nak pergi shopping wakaka.



Nanti aku update lagi. *mood malas dah mai dah