Allah Maha Pengampun

Bismillalhirahmanirrahim Assalamualaikum :)

Felamak boleh tahan lamanya dok ngapdek blog.
Alhamdulillah .
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. 
Alhamdulillah again. Ceh nok jugok Ingggelish dia tu
Kita masih lagi diberi nikmat kehidupan selepas dimatikan semalam. *a.k.a tidor lah ye
Hari ni, kita masih lagi boleh tersenyum dengan geng-geng singa laut, penguin, bergurau senda dan so on lah deh.
Kata orang hidup ni macam satu perjalanan. 
Dari mana kita datang dan kemana kita nak tuju. 
Dalam pada kita gembira, kita senang ,
Dalam pada kita tengah ketawa terbahak-bahak umpama ketam tercekik pasir *orang ganu panggil ''duk galok toler ubi''
Adakah kita mengingati Allah ? 
Rabbul yang memberikan kita segala kelengkapan, tangan kaki hidung, usus kecik usus besor, ada belaka. Alhamdulillah
Tapi sekerap manakah kita bersyukur kepada Dia ? 
Mari kita pakat berdiri depan cermin belaka tanya diri sendiri.
Mati itu pasti menjemput. 
Adapun malaikat dah ready bila-bila masa mari ambik nyawa kita.
Kita?
Sedia dop lagi?
Bila malaikat mari baru nak kata
    " rilex laah dulu, jangan cabut nyawa saya lagi''
Boleh ke?
DOKLEH!
Berat nanang sungguh mu ni!


Andai kata kita akan mati besok.
Apakah amal kita cukup nak bantu kita masuk syurga ?
   ''Mu masuk tandas awam tempat yang kotor pun kena bayar. Ni nak masuk syurga. Lagilah!'
Apakah kita dah cukup segala persiapan untuk elak seksaan kubur ?
   '' OTP dengan gelpren boipren 2 3 4 jam boleh, setakat nak baca AlMulk 6minit . Waduh waduh''
Boleh ke kita meniti titian sira' kalau diri kita bergelomang dosa ?
   '' Tepuk dada tanya iman''
Apakah diri kita ni layak untuk masuk syurga Allah ? 
   ''Tempat orang-orang beriman. Doh kita guane ? ''


Anda boleh tertawa, tersenyum seolah-olah anda sedang bahagia dengan dunia anda sekarang.
Cuba kita pejamkan mata 10 saat tanpa ada gangguan. 
Dalam renungan anda, cuba anda fikir.
Allah, berbicaralah denganku. Sesungguhnya aku sangat jauh dariMu sedangkan Engkau selalu dekat denganku. Engkau beri segala kemudahan tapi kenapa aku masih lagi jauh denganMu yaAllah. 
Renungkanlah.
Anda akan rasa dunia ini takdok makna apa-apa selain dari nikmat bersama Allah akhirat nanti.
Kejorlah mu nak kejor dunia,
Tapi dahulukanlah ukhrawi.
Mati itu pasti. Tidak akan lewat sesaat tidak akan awal sesaat.
Ajal itu pasti menjemput saya, awak dan kita semua.
Mungkin ini entry terakhir saya. Mungkin juga bukan
Dalam dunia ni.
Ingatlah 3 perjalanan hidupmu.
Aku datang dari mana?
   ''Aku datang dari Allah.
Sekarang apa aku buat
   ''Aku nak bersama dengan orang yang alim agar boleh memimpin tanganku ke syurga ''
Dan ke mana aku nak pergi ? 
   ''Aku nak balik ke kampung halaman ku. Kampung yang dijanjikan oleh Allah iaitu Syurga Allah''

Kasihnya Allah. Baiknya Allah. Sayangnya Allah dekat kita.

Kita buat dosa ? Buat secara Sengaja ? Allah ampun. 
Kita buat dosa banyak,? Allah ampun. 
Kita buat dosa berulang kali ? Allah ampun, Allah ampun Allah ampun 

Kita semua termasuk saya pernah melampaui batas dop ? 
Pernah berbuat kerosakan atas muka bumi, pernah menzalimi diri sendiri. 
Atau dengan kata yang senang, kita ni buat dosa sokmo dok ? 
Orang kolumpoq kata ''Buat dosa sentiasa''  Gitu dia
Kadang-kadang buat dosa, mintak taubat. Buat lagi. Buat lagi. Mintak taubat. Dan seterusnya.... 
Kadang-kadang kita buat sakit hati rerakan kita, 
Kadang-kadang. eh ni bukan kadang-kadang. Ni hok sokmo. Kita tengok atau tertengok atau terdengar atau tersebut atau sengaja tengok dengar sebut, benda yang haram. 
Tapi nok kabo se bende ni.
Kalau anda bijaksana berilieng,
Cuba kira berapa kerapkah tertulis dalam Al Quran. " Allah Maha Pengampun "  ? 
Dakyoh kira ! Pasal tak terkira

     " Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang² yg bertaqwa " - Ali Imran 133

   " Dan juga org² yg apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, lalu dia segera mengingati Allah,lalu memohon ampunan atas dosa² nya, dan siapa lagi yang akan mengampunkan dosa² selain Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan itu sedang mereka mengetahui " - Ali Imran 135

Teruskanlah menangis, merintih dengan Allah kerana Allah mengira setiap titisan kesalan air mata anda yang mengalir kerana takutkan azab Allah.
Anytime, 3 4 pagi ? 
Allah setiap masa temani kita. Hiburkan kita. 
Bila lagi nak dating dengan Allah ? 
Teruskan berjalan dalam kegelapan malam untuk mencari tiket untuk balik ke kampung halaman kita, kampung Allah iaitu Syurga. JannatulFirdaus InsyaAllah

" Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang " - Az Zumar 53

  

p/s: HS/pelangimenari
   

1 comment:

Srikandi permata said...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..dpt muhasabah di sini..
Allah itu Maha Pengampun,
taubat itu bknlah satu kemundurun, tpi satu kemajuan..kan?
jazakillah yer?