Ya Rasulullah

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum :)


Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga. Tapi sekurangnya dia berusaha menjadi ahli syurga,

Kita asyik sebut mengenai hukum-hakam, tetapi entah berapa ramai yang mahu mengikutinya?
Namun, wahai wanita, 

sebelum membuat sesuatu perkara yang bertentangan dengan syariat Islam iaitu membuka aurat, tabaruj, dan sebagainya.
Adakah di dalam fikiran kita terlintas akan Nabi Muhammad s.a.w.?

Adakah kita sanggup melihat Nabi s.a.w. menangis apabila melihat umatnya diazab oleh Allah di dalam api neraka?
Apakah mampu cinta kita terhadap Nabi s.a.w. itu menjadi penghalang kepada kita untuk melakukan amalan-amalan yang tidak Baginda s.a.w. senangi?
Benarkah kita mencintai Nabi s.a.w.?

Tepuk dada tanya iman sayang.

Kalau Nabi SAW tengok kita berkeliaran ke sana-sini tanpa menutup aurat dan batasan pergaulan yang tidak terkawal, apakah agaknya perasaan Nabi SAW apabila melihat semua itu
Adakah Nabi SAW akan ketawa, atau Nabi SAW akan sujud kepada Allah sambil menangis teresak-esak meminta keampunan daripada Allah untuk umat-umatnya yang banyak menyusahkan ini?
Kita ini ibarat serangga yang terbang menuju kepada api kerana terpikat dengan cahayanya. 
Padahal cahaya itu akan memusnahkan diri kita sendiri. 
Kita nampak kawan-kawan kita hangus terbakar apabila mendekati api itu, tapi kita masih juga menuju ke arahnya. 
Begitulah Nabi Muhammad SAW, yang menarik baju-baju kita supaya tidak terjun ke arah api itu. Bayangkan Nabi SAW kata 
    "Jangan pergi! Jangan pergi!! Ikut aku!!!" 
Tapi kita??? 
SAMPAI HATI KITA MENEPIS TANGAN NABI SAW YANG CUBA MENYELAMATKAN KITA DARIPADA KESESATAN.
Kenapa kita degil.? 
Kenapa kita tidak sudi menyambut tangan Nabi SAW
Kenapa?
Allahurabbi :(





_____________________________________________________________________


Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " 

Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, 

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: 
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, 
"Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," 
celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," 
pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," 
jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.


"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,"
ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


2 comments:

Hana Ramly said...

Ya Allah sungguh indah post ini ..
sampai menitiskan air mata ..

ain soofiyah said...

subhanallah