Dirimu Begitu Berharga

Bismilillahirahmanirahim and Assalamualaikum :)

Diumumkan ketibaan yang amat berhormat tuan blog.
Cak pong cak pong cak pong!
*Kotlah ada yang nak berkompang untuk aku
Rindu dak rindu dak rindu dak?
Alhamdulillah sudah selesai aktiviti jawab soalan a.k.a peperiksaan.
Well don't ask how it was going.
Past are past.
Ewah ewah .
Hello eberibodi!
Dah habis exam aku keluarlah pergi berjimba-jimba .
Keluar pergi shopping ah kononnya last-last sangkut dekat Karnival Mahabbah IKIM jugak.




"Macamlah kau bagus sangat nak nasihat aku"
"Kau tu bukan malaikat yang tak pernah buat salah"
"Kau nasihat aku ni, kau dah buat semua ke?"
"Banyaklah kau punya tazkirah, macam bagus sangat."


Awak, awak.
Kadangkala, dalam hidup ini kita kena sedar diri.

Sedar diri yang kita sebenarnya tidak punya apa-apa pun, semua itu pinjaman semata-mata
Dan semua ilmu yang kita miliki itu milik Allah, kita perlu berkongsi dengan makhluk Allah yang lain..
Sedar diri kita ni tak baik, tak alim, banyak kelemahan, banyak kekurangan 

Dan sebab itu hadir insan-insan yang mengingatkan kita.
Sepatutnya kita bersyukur la ye.Alhamdulillah.
Bila ada yang datang menegur. Bersyukurlah.
Allah masih sayangkan kita. Dia sudi menghantar orang lain sebagai wasilah untuk kita.
As example kan.
Ada yang datang menegur pasal aurat.
Dengar, faham, dan amalkan.
Awak awak yang comel lagi sweet dan manis serta cantik *hiperbola melampau
Bertudung labuh tidak semestinya ustazah.
Salahkah untuk berhijrah?
Bila lagi nak berubah?
Ke tunggu bila dah jadi jenazah?

Siapa tahu kita masih hidup esok even 2jam 3 minit 4 saat dari sekarang.
Kematiaan itu tak lewat sesaat tak cepat sesaat.
Kullu nafsin zaaiqatul maut.
Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. 
Janji Allah itu pasti. Jadi kita semua hidup,maka kita pasti merasai mati..
So jangan nak berlengah-lengah nak berhijrah.
Kembalilah kepada Allah.
Biar kita diketawakan manusia kerana mengikut syariat Allah,
Asalkan tidak diketawakan syaitan kerana menjadi peneman mereka di neraka kelak.na'uzubillah.

Apabila seseorang yang dahulu banyak bergelumang dengan dosa namun hari ini mengajak orang lain ke arah kebaikan pula itu tak pelik lansung!
Mereka bukan ingin berlagak baik. 
Jauh sekali untuk mencari apa yang salah. 
Apatah lagi ingin menyibuk dan mencelah. 
Sekadar mahu yang tersayang untuk turut merasa. 
Betapa indahnya rasa pabila hidayah Allah menyapa
Saat terasa dunia seakan-akan menghimpit,
Dan ujian seakan-akan mengasak diri untuk rebah,

Tanyalah pada hati..
Adakah dunia yang bertakhta di hati atau adakah Allah?
Kembalilah kepada Allah
Pinta daripadaNya,
Agar dikuatkan iman,

Jangan menunggu datang penyakit, musibah dan bala, barulah kita ingin mengangkat tangan berdoa dan mengadu kepada Allah. 
Sesiapa yang ingat Allah di waktu senang, Allah akan ingatinya di waktu susah dan senang.

Wahai Muslimah perhisaan duniawi.

Muslimah itu lembut hatinya, rapuh jiwanya. 
Andainya mereka tersilap langkah, mohon bimbingan bukan celaan.
Keayuan wanita solehah itu, bukan pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, bukan pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan godaannya.
Dan bukan pula pada kebijaksanaannya bermain kata pujukan,
Kepetahan wanita solehah, bukan dalam memperkatakan perihal orang lain, tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat Agama.

Muslimah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan Di dunia ini.
Berhijrah kearah kebaikan.


Walaupun setiap langkah hijrah kita perlahan. 
Tapi di mata Allah, besar!
Teruskan berjalan menujuNya. 
Syurga Allah menanti.
Belajar percaya dan yakin, 

Bahawa tidak ada ''sad ending''
Yang ada cuma kebahagiaan yang ditangguhkan.
Sama ada diganti dengan yang lebih baik.
Atau disimpan sehingga tiba saat dan masa yang sesuai.

La Tahzan. Allah bersamamu :)

For behind everythings there's reason and blessing





1 comment:

zuzuBEBE said...

Suke sangat bace yg ni :)