Tudung

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum

Hai uolllss.
Rajinya myolls update. Huh!
Rajin sungguh. Last update dah 2 minggu yang lalu.
Tapi maklumlah cuti ni still sibuk. Bukan dengan homeworks tapi dengan kenduri kendara.
Nasib baik myolls pun tak gila nak kahwin jugak -.- *pray for me hehehe. Myolls rasa nak kahwin muda. LOL ><
Tapi memang cuti ni boring. Terperap dalam bilik, tengok tv, makan, terperap lagi dah macam ayam penyek dah.
Tapi ada jugak out dengan rerakan. Main badminton and soooooooo on. *OME
Ni kalau bab main ni komfem kerja si shahir. Bowling lah badminton lah.
Nasib baik tak ajak lepak main pondok-pondok. Haih


Last week wani call aku ajak main badminton. Myolls tak boleh pegi uolls atas sebab-sebab tertentu. *padahal malas macam beruang koala!. Alololo comel betul tahap kemalasan aku.
Hmm tapi rasa macam rugi pulak. Ehh tapi memang rugi pun!! *perusttttt ceq (frust)


Tapi entry ni bukan semata-mata nak cerita pasal keheeedopan aku seharian yang tak bermakna tu *siapa cakap!
Tuuu baca tajukkk kat atas tu. Bacaaaaaa!!
Amboii marah seh. Bukan marah cuma tegas je. Lol


Olrite. Cakap pasal tudung. Hah memang berkait dengan pompuan. 
Takkan si jantan pun nak pakai tudung jugak. Tapi kalau pondan tu. mak tak tahu lah * tangan ke bahu
As we know tudung ni tujuan dia nak tutup aurat iaitu rambut. Faham!
Tapi uolss kena faham aurat perempuan ni bukan setakat rambut.
Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. 
Sila faham!. TAPAK TANGAN. Bukan dari bahu hingga ke siku. Idok idok!


Eh bukan nak cerita pasal tangan ke kaki ni. Nak cerita pasal tudung.
Okey dah pakai tudung. Alhamdulillah cantik. Tapi pakai dengan cara yang salah. 
Erkk masuk di sini macam pakai tudung tapi singkat. Hah cenggituhlah


Jap iklan jap. 
Entry ni dikarang pada pukul 12.47 am sebab time ni je line laju so kalau ade tertypo apa-apa mohon maaf. Mata myolls dah kuyu. Esok dah jadi panda. 
Sokey sokey. Bak kata #AzrinMazlan . Panda lebih comel dari segalanya. -.-
*bagi kungfu sekali kat azrin.


Sambung-sambung.
Ni nak ceritakan serba sedikit cara masyarakat kita salah guna tudung masa kini. *tolong abaikan bahasa aku.

Waktu zaman Nabi s.a.w tak ada perempuan yang bersanggul bagai bonggol unta dan tak ada perempuan yang berpakaian tetapi bogel dan Nabi s.a.w kata dua jenis perempuan ni akan ada pada akhir zaman yakni zaman kita sekarang di mana-mana boleh lihat. 
Nabi s.a.w benci kepada pelakuan dua perempuan jenis ni dan Nabi s.a.w kata mereka tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya. 
Apakah golongan jenis ini sedang berdusta mengatakan mencintai Nabi s.a.w tapi tak pernah mahu berubah mengikut hukum dan ketetapan yang Nabi suruh?

Ni example dia.

Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher. Selagi boleh lilit, lilitlah. Haishh

Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

Tudung ‘See Through’
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

Tudung Saji
Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
Undeseteng?
Ini realiti masyarakat kita. Bukan semua tapi segelintir.
Orang sekeliling boleh nilai kita dari aspek pemakaian.

Awak kena faham
Bertudung labuh, berpurdah bukanlah tanda dia seorang yang alim, 
cuma tuntutan agama yang telah dipenuhi. Alhamdulillah.
Bagi yang mendedahkan aurat pulak bukanlah tanda dia seorang yang jahat, 
dorongan dan nasihatlah yang perlu diberikan buatnya, bukan kata-kata cacian.

So sahabat yang diredhai Allah sekalian. Mari sama-sama kita baiki diri kita.
Let's Hijrah. To Jannah together insyaAllah.
Manusia tiada yang sempurna. Tapi biarlah kita berusaha agar nampak sempurna di mata Allah.
Allah tak nilai seseorang itu berdasarkan rupa, harta. Lantak kaulah ratu cantik dunia sekali pun ada kilang emas 6 bijik rumah banglo 163 bijik pun. *amboi harta dia.
Allah nilai berdasarkan takwa dan iman kita.
Kalau pakai tudung pun macam nak taknak je. 
Macam mana dengan iman kita? Kuat ke? 
Tepuk dada tanya diri sendiri sayang. :)

As example eh
Bila seorang raja yang baik menyebut nama kita dalam satu majlis yang dihadiri ramai orang, bagaimana perasaan kita? Gembira tidak terkata, bangga. Lompat-lompat siap update status 

'' Wuhuuu raja blablabla mention nama aku . Famous famous''

Bagaimana pula jika Allah 'Azza wa Jalla menyebut nama kita dihadapan para malaikat? Bagaimanakah perasaan kita? Tentulah lebih bangga dan gembira bukan? Allahurabbi.

So thats all untuk kali ni. Ngantuk ngantuk 
Eleh nanti off lappy on phone layan twitter jugak. Hehehe
So sahabatku. Ayuh kita gapai redha Allah.
Nak cari Hidayah Allah untuk bertudung sempurna? 
Sayang...
Hidayah Allah itu dah ada.
Tu Al-Quran tu dah berabad dah diturunkan.Lengkap.
Nak tutup aurat dengan sempurna. Surah AnNur tu.
Tapi kita ni malas. Malas nak cari Hidayah .

And untuk lelaki jugak. sikit je.
Sentiasa perbaiki diri untuk jadi yang terbaik .InsyaAllah Allah simpan bidadari yang terbaik untuk kalian. :)
 
Assalamualaikum. May Allah always with us today, tomorrow and forever. :) InsyaAllah



ehh. kena ke letak. Hahaha :P

No comments: