Diary|Dear January

Dear January..
Hari ini adalah hari yang biasa lagi dalam hidup.Bangun pagi gosok gigi guna ubat gigi.Macam biasa hari Ahad hari perhimpunan sedunia.Tangan ke bahu adik-adik.Sedia mula!.*kawad kaki. Pagi-pagi dah terpacak dalam dewan.Pagi-pagi lagi dah kene berdiri tegak melaungkan suara yang merdu .Pagi-pagi lagi dah nampak Cikgu Alif gantung DSLR dekat leher (Nikon D5000).Hari ni pengetua baru dah masuk! Okey hari ni dapat rehat agak lama iaitu selama 1 purnama (1 jam).Satu keuntungan yang harus dinyatakan di dalam twitter!.Pelajaran hari ini agak menguji minda.Belajar addmath dan minusmath adalah keperluan setiap insan.



Dear January..
Balik sekolah terus campak beg ke sudut dinding yang paling menarik.Meloncat-loncat di atas tilam empuk bagai kera mendapat bunga *pribahasa tak sesuai.Setelah selesai tugas sebagai seorang makhluk kerdil di muka bumi ini,terus melakukan aktiviti harian yang tak dapat dielak sebagai seorang pelajar.Aktiviti merembes idea-idea dari otak berjalan dengan lancarnya.Siap semua tugasan tiu terus mendapatkan lappy yang tersimpan dengan rapinya.Memasukan password dan terus login.


Dear January..
Malam ni ada kelas tambahan.Mungkin kelas aku je kot yang dikerumuni dengan nyamuk-nyamuk sebesar anak gajah.Siap sedia dengan ridsect didalam beg!Dah text kawan-kawan seperjuangan supaya duduk di meja depan malam ni sebab cikgu best.*pilih kasih.Nothing to do anymore.Cuma menghadap lappy dah mengarang cerpen ini buat tatapan semua.kbhai





Ayna Umairah|Simple person with the simple resume

No comments: