Terpendam dan Dipendam

Hye!..Diam!..Okey sila bising!...Jangan dilayan perasan yang tak menentu.Tumpakan perhatian pada yang satu. Kalau ada sepasang sayap mahunya aku terbang ke bulan dan mendarat di situ.Tak perlu diiktiraf sebagai angkasawan negara perempuan nombor satu.Cukup sekadar mendapat ketenangan dibenakku.Okey jangan merepek dipermulaan cerita takut semua pembaca lari meninggalkan diriku.Biarlah nak lari, nak lompat bintang sekali pun,aku tetap dengan pendirianku.Cukuplah setakat itu. Salah sejahtera warganegara dan rakyatku..Happy February.Bulan 2.Ada banyak agenda di bulan 2.Tak bisa dikira dengan kalkulator kerana jawapannya tetap SYNTAX ERROR.


Okey aku baru sahaja habis exam. My last paper . Bahasa Arab tolong saya okey!.Jangan biarkan ''B'' di muka depan terpampam dengan jayanya.Biarlah A-!. Jangan sesekali ''D'' hadir dalam kamus hidupku. Berambus kau.Berambuslah.Aku tak perlukan kau untuk hidup kerana kau bukan oksigen utuk aku bernafas. Kau adalah carbon dioksida yang menjadi musuh tradisiku. Wahai sahabatku tetikus ajaib.Sila click pada button play.Biar berkumandang bersama alunan yang merdu memikat jiwa.Biar hilang segala kekusutan di jiwa.Biar terbang semua duka yang lara.Biar.Biarkannya pergi dari hidupku.Andai datang kembali.Andai masih melanda dirku lagi.Andai itu takdirnya aku reda,pasrah kerana aku yakin setiap yang pahit pasti ada kemanisan yang abadi.


Manusia.Manusia tidak pernah merancang untuk gagal.Tetapi mereka gagal untuk merancang.Mereka juga mempunyai impian masing-masing.Impian yang mungkin akan tercapai suatu masa.Impian yang sudah lama dipendamkan.Impian yang menjadi pegangan dalam hidup.Manusia yang mempunyai impian ialah manusia yang mampu menggapai keyajaan.Apabila sudah gapai bintang di langit.Jangan lupa pula rumput dan pasir di bumi.Kerana dari situlah manusia berpijak dan dari situlah tersematnya impian mereka.


Hidup hanya sementara.Jangan persia-siakan waktu dan peluang yang ada.Jangan bazirkan hidup demi mengejar duniawi semata.Jangan jadi manusia yang berhidung belang kerana akan kunikahkan kau dengan kuda belang.Jangan bongkak bila kau dah berteman.Kerana teman yang setia teman yang sanggup menangis dan ketawa bersama.Bukan teman yang akan pergi meninggalkan kau keseorangan saat kau tergapai-gapai kelemasan.Bukan harta bukan rupa bukan darjat yang aku cari tapi hanya teman yang dapat hadir saat aku kelemasan.Teman terindah teman selamanya.



Ayna Umairah
_________________________
Biar angan-angan menjadi sayap untuk ke bintang.

No comments: